Malaysia Aviation Group (MAG) menyambut baik pelantikan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai pengerusi baharu Malaysia Airlines Bhd (MAB), berkuat kuasa 1 Julai, 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan dan Pengarah Urusan MAG Kapten Izham Ismail berkata pasukan kepimpinan kanan kumpulan berhasrat bekerjasama rapat dengan Wan Zulkiflee untuk mencorakkan masa depan kumpulan itu.
"Kepimpinan Wan Zulkiflee yang terbukti dan kerjaya terkenalnya di Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membuktikan bahawa beliau merupakan calon paling sesuai untuk menerajui MAG pada masa depan sebagai pemain yang kukuh dalam sektor penerbangan dan pengupaya penting dalam pembangunan nasional," katanya dalam kenyataan semalam.
Pelantikan Wan Zulkiflee itu diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Muhyiddin turut mengumumkan pelantikan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz sebagai Presiden dan CEO baharu Petronas bagi menggantikan Wan Zulkiflee berkuat kuasa 1 Julai ini.
MAB ialah anak syarikat milik penuh MAG.
--BERNAMA
Bernama
Sat Jun 06 2020
Pelantikan Wan Zulkiflee (gambar) sebagai Pengerusi MAB diumumkan Perdana Menteri pada Sabtu. - fotoBERNAMA/Fail
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
AWANI Ringkas: Kerja empat hari seminggu, tanpa potong gaji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Polis rampas dadah RM2.3 juta, tahan dua wanita warga Indonesia, tiga lelaki tempatan
Polis menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia selepas menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.3 juta dalam serbuan Jumaat lepas.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
Petronas buka pusat teknologi global di dua universiti utama di UK
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menubuhkan dua pusat teknologi dan penyelidikan baharu di Imperial College London dan Heriot-Watt University di United Kingdom (UK) untuk menggalakkan kemajuan teknol
MAG sambut baik pelantikan Wan Zulkiflee sebagai pengerusi baharu MAB
Kapten Izham Ismail berkata pasukan kepimpinan kanan kumpulan berhasrat bekerjasama rapat dengan Wan Zulkiflee untuk mencorakkan masa depan kumpulan itu.
CEO Petronas letak jawatan?
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dilaporkan meletak jawatan dan bakal diganti dengan seorang profesional, menurut sumber.