KUALA LUMPUR: MAB Engineering Services (MABES) menjadi entiti milik penuh Malaysia Aviation Group (MAG) berkuat kuasa 1 Mei 2023.
MAG dalam kenyataan hari ini berkata, MABES diletakkan di bawah bidang kuasa pusat keuntungan Perkhidmatan Penerbangan yang bertanggungjawab untuk menyelia kargo, pengendalian dan penyelenggaraan di lapangan, operasi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta akademi latihan untuk kumpulan.
Portfolio itu akan diuruskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Penerbangan Mohd Nadziruddin Mohd Basri dan disokong oleh Ketua Pegawai Operasi MABES Eke Nazri Rahim.
"Sebagai sebahagian daripada pelan operasi MRO, kami telah merangka inisiatif strategik yang telah membuahkan hasil positif bagi prestasi hasil MRO dan asas pelanggan, membolehkan MABES mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian MRO sehenti di rantau ini.
"Dengan kapasiti, keupayaan dan perkhidmatan baharu, penyusunan semula MABES akan membolehkan kami untuk bersaing dengan berkesan di pasaran MRO pihak ketiga dan meneraju pertumbuhan perniagaan MRO di Malaysia," kata Pengarah Urusan kumpulan MAG Kapten Izham Ismail.
Beliau berkata MABES kekal komited untuk terus menyediakan perkhidmatan MRO yang luar biasa kepada pelanggan globalnya, di samping memperluas tawaran untuk memenuhi keperluan industri penerbangan yang berkembang, seiring dengan Pelan Perniagaan Jangka Panjang (LTBP) 2.0 MAG.
Selain menyediakan penyelenggaraan pesawat kepada kumpulan pesawatnya yang terdiri daripada pesawat Malaysia Airlines, Firefly, MASwings dan AMAL, MABES turut menerima kepercayaan daripada pelanggan antarabangsa iaitu syarikat penerbangan dan pemberi pajak pesawat.
Menurut MAG, pada masa ini MABES mengendalikan 11 barisan pengeluaran di tiga hangar iaitu Hangar 1 di Lapangan Terbang Subang bagi penyelenggaraan ATR dan Hangar 5 dan 6 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk pesawat berbadan lebar dan sempit.
MABES juga sedang giat memburu peluang untuk meluaskan barisan pengeluarannya dalam tempoh dua tahun akan datang dan ketika ini mempunyai 21 pensijilan kawal selia antaranya meliputi Malaysia, Eropah dan Amerika Syarikat.
Sebelum ini, MABES beroperasi sebagai anak syarikat di bawah Malaysia Airlines Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023
Sebelum ini, MABES beroperasi sebagai anak syarikat di bawah Malaysia Airlines Bhd. - MAG
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
MAB Engineering Services kini entiti milik penuh MAG
MAB Engineering Services (MABES) menjadi entiti milik penuh Malaysia Aviation Group (MAG) berkuat kuasa 1 Mei 2023.