KUALA LUMPUR: Penstrukturan semula Boustead Holdings Bhd penting bagi membolehkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengurangkan kebergantungan pendapatan daripada syarikat tersebut, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata pengurangan pemegangan dalam Boustead akan memberi impak positif jangka panjang kepada LTAT yang menguruskan dana pencen untuk angkatan tentera itu.
Menurutnya, impak positif tersebut termasuklah meningkatkan kepelbagaian aset daripada hampir 50 peratus kepada 15 peratus sahaja bagi Boustead dan meningkatkan pelaburan aset mudah cair daripada hanya 20 peratus kepada sekurang-kurangnya 60 peratus.
"Ia juga termasuklah memperoleh semula jumlah pelaburan LTAT dalam Boustead sebanyak RM3.3 bilion bagi membolehkan LTAT melabur semula di dalam aset yang berdaya saing dan mampu memberi pulangan yang stabil dan konsisten serta meningkatkan nilai aset pelaburannya yang kini bernilai RM10 bilion melalui program penstrukturan semula Boustead," katanya.
Mohamad berkata demikian dalam sesi penerangan menteri mengenai isu dan cabaran yang dihadapi LTAT di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata, sekiranya penstrukturan itu tidak dilaksanakan, Boustead tidak akan berupaya untuk melunaskan obligasi kewangan dan akan mencetuskan 'cross default' (kemungkiran silang) ke atas semua pinjaman di bawah Boustead sebanyak RM6.8 bilion.
Selain itu, katanya, Boustead juga berisiko berdepan muflis yang boleh mengakibatkan separuh daripada nilai dana persaraan LTAT iaitu hampir RM5 bilion merosot dan terhapus.
Sementara itu, mengenai cadangan Tawaran Am ke atas semua saham anak syarikat Boustead, Boustead Plantations Bhd, beliau berkata, Kementerian Kewangan bersetuju menyediakan Jaminan Kerajaan kepada LTAT bagi mendapatkan pinjaman sebanyak RM2 bilion daripada institusi kewangan untuk melaksanakan tawaran tersebut.
"Bagi memastikan Jaminan Kerajaan ini dimanfaatkan, saya akan memastikan pihak LTAT akan melaksanakan penstrukturan mengikut Pelan Strategik 2023-2025 (MAMPAN25)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023
![LTAT mampu kurangkan kebergantungan pendapatan melalui penstrukturan Boustead - Mohamad Hasan LTAT mampu kurangkan kebergantungan pendapatan melalui penstrukturan Boustead - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695460356_MohamadHasan.jpg)
Mohamad berkata pengurangan pemegangan dalam Boustead akan memberi impak positif jangka panjang kepada LTAT yang menguruskan dana pencen untuk angkatan tentera itu. - Gambar fail/Bernama
![Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720163349_kilangbiskuthalal.jpg)
Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak melakukan serbuan terhadap sebuah kilang biskut di Taiping yang menggunakan sijil halal tamat tempoh, semalam.
Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh pembangkang telah menang pada Jumaat.
![Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720162604_pegawai.jpg)
Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak
Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan seorang pegawai SPRM dan Datuk Roy untuk mengkaji semula pertuduhan rasuah.
AWANI Ringkas: Tiga nama selesai disaring calon Nenggiri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720161330_HishamuddinMdRais.jpg)
MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan
MCMC dengan kerjasama PDRM telah merakam percakapan aktivis sosial Hishamuddin Md Rais di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam.
![Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720156111_PrabowoSubianto.jpg)
Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah
Dr Yos Sunaryo berkata, beliau akur dengan permintaan Prabowo, namun enggan mengulas bila pembedahan itu dijalankan.
![Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720161501_TARIANPIALADUNIA.jpg)
Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas
Pelajar dari empat sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Mutiara, SK St. Agnes, SK Sri Gaya, dan SK Bundu berjaya membawa pulang dua perak dan dua pingat gangsa di Tarian Piala Dunia (DWC) di Prague
AWANI Ringkas: KESUMA lapor kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian
Polis menumpaskan sindiket perjudian yang merekrut individu berkemahiran dalam bidang pengatur cara perisian atau 'programmer' di Kuala Lumpur.
![Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720160645_tbSPRM.jpg)
Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyerahkan laporan mengenai isu membabitkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
![LTAT mampu kurangkan kebergantungan pendapatan melalui penstrukturan Boustead - Mohamad Hasan LTAT mampu kurangkan kebergantungan pendapatan melalui penstrukturan Boustead - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695460356_MohamadHasan.jpg)
LTAT mampu kurangkan kebergantungan pendapatan melalui penstrukturan Boustead - Mohamad Hasan
Penstrukturan semula Boustead Holdings Bhd penting bagi membolehkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengurangkan kebergantungan pendapatan daripada syarikat tersebut.
![Pelan strategik MAMPAN25 dilancar sebagai hala tuju baharu LTAT - Mohamad Pelan strategik MAMPAN25 dilancar sebagai hala tuju baharu LTAT - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689226311_TBMohamadHasan.jpg)
Pelan strategik MAMPAN25 dilancar sebagai hala tuju baharu LTAT - Mohamad
Pelan Strategik 2023-2025 (MAMPAN25) dilancarkan sebagai hala tuju baharu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam menghadapi cabaran ekonomi, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.