KUALA LUMPUR: Loob Holding Sdn Bhd bekerjasama dengan syarikat teknologi makanan di Singapura, TiffinLabs untuk membawa masuk beberapa jenama restoran maya baharu mereka ke Malaysia.
Kerjasama ini bakal menyaksikan Loob menggunakan sehingga 100 cawangannya dalam memperkenalkan jenama restoran maya TiffinLabs ke pasaran Malaysia.
TiffinLabs ialah platform perkhidmatan makanan global yang membangunkan dan memiliki jenama restoran maya, membolehkan pengendali makanan dan minuman (F&B) serta pengeluar bahan makanan memenuhi keperluan segmen perkhidmatan penghantaran makanan yang berkembang pesat melalui jenama restoran maya proprietarinya.
TiffinLabs bakal membuat kemunculan pertamanya di Malaysia melalui kolaborasi bersama Loob, Tealive dan jenama kopi maya, Bask Bear.
TiffinLabs telah menubuhkan lebih 20 jenama restoran maya merangkumi pelbagai jenis masakan yang tersedia di empat negeri dalam Amerika Syarikat dan Singapura.
Antaranya ialah La Takorea (ditubuhkan semasa program The Apprentice: One Championship Edition), RBL Burgers, Phat Fingers Korean Fried Chicken, Publico Italian Kitchen dan Southern Soul Fried Chicken.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob, Bryan Loo berkata, beliau menjanjikan penjualan di 100 cawangan merentasi pelbagai jenama miliknya secara berperingkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
“Pihak kami telah mengenal pasti beberapa lokasi cawangan yang strategik untuk memasarkan jenama restoran maya ini tidak lama lagi. Kami dan pihak TiffinLabs juga akan memutuskan pelancaran jenama mana yang akan dilakukan dahulu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Loo berkata, pasaran Malaysia sudah bersedia untuk penjenamaan restoran maya kerana sebelum pandemik lagi masyarakat telah melangkah jauh dan menjadikan perkhidmatan penghantaran makanan sebagai satu perkara yang biasa.
Pengasas Bersama dan Presiden TiffinLabs Asia Tenggara, Phuminant Tantiprasongchai pula berkata, Loob merupakan rakan kongsi pelancaran ideal kerana rekodnya yang cemerlang dalam segmen teh gaya hidup yang sangat kompetitif.
“Kami telah melihat kejayaan Loob mengembangkan jenamanya Tealive sehingga 700 rantaian cawangan dalam tempoh kurang dari lima tahun dan kini menjadi peneraju pasaran yang diyakini di Malaysia.
"Kami melihat banyak peluang dalam menggabungkan kepakaran Tealive dalam pasaran dan kepakaran kami dalam membangunkan dan mengembangkan jenama restoran maya penghantaran pertama bagi memenuhi permintaan perkhidmatan penghantaran makanan yang tinggi,” katanya.
Beliau bersemangat untuk mengumumkan sinergi kedua-dua syarikat melalui kerjasama ini, serta memperkenalkan produk protein halal yang berasaskan tumbuhan sebagai sebahagian daripada menu searus dengan kemajuan segmen protein alternatif yang pesat.
“Dengan adanya Loob sebagai rakan kongsi pelancaran utama, kami melihat solusi capaian jenama restoran maya seperti kami turut dapat dilesenkan kepada peniaga dan F&B Malaysia yang lain, khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bagi meningkatkan hasil jualan mereka sebanyak 200-300% melalui perkhidmatan penghantaran makanan sambil memberi tumpuan dalam meningkatkan semula jumlah pelanggan yang makan di kedai,” katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Mar 04 2022

Bryan Loo (kanan) dan Jason Koven memperkenalkan jenama restoran maya TiffinLabs yang akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. -Dagang News

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Loob, TiffinLabs jalin kerjasama bawa masuk jenama restoran maya baharu ke Malaysia
Kerjasama ini bakal menyaksikan Loob menggunakan sehingga 100 cawangannya dalam memperkenalkan jenama restoran maya TiffinLabs ke pasaran Malaysia.