Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan membina anjung tinjau pesawat pertamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha mengubah lapangan terbang itu dan persekitarannya menjadi destinasi menarik.
Dalam kenyataannya hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif MAHB Raja Azmi Raja Nazuddin berkata pembinaan anjung dinamakan Anjung Spotter itu dijadualkan bermula bulan ini dan dijangka siap bulan depan.
Katanya anjung tinjau itu akan dibina di luar perimeter lapangan terbang, bersebelahan satu daripada tiga landasan KLIA.
"Dari Anjung Spotter, orang ramai akan dapat menikmati pemandangan saat-saat pesawat berlepas dan mendarat di landasan.
"'Planespotter' (pengesan pesawat) serta penggemar penerbangan pastinya teruja kerana mereka kini mempunyai tempat terbaik untuk melihat pesawat tiba di Runway 32L, membolehkan mereka mengambil gambar menarik," katanya.
Raja Azmi berkata anjung tinjau pesawat itu merupakan simbol komitmen syarikat dalam meningkatkan pengalaman di lapangan terbang.
Katanya Anjung Spotter juga akan dijadikan tarikan pelancong yang harus dikunjungi pelawat yang tiba di KLIA.
"Pada masa ini terdapat ramai pengesan pesawat yang datang ke Malaysia untuk berjumpa rakan-rakan dengan minat sama sebelum ke lapangan terbang bagi merakam gambar.
"Anjung Spotter akan pasti menjadi lokasi 'Insta-worthy' (berbaloi untuk perkongsian dalam Instagram) seterusnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2019
![Lokasi 'Insta-worthy'! , MAHB bina anjung tinjau pesawat di KLIA Lokasi 'Insta-worthy'! , MAHB bina anjung tinjau pesawat di KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61534914795_950x600.jpg)
Dari Anjung Spotter, orang ramai akan dapat menikmati pemandangan saat-saat pesawat berlepas dan mendarat di landasan. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Anjung tinjau kapal terbang terbuka pertama dibuka di KLIA Anjung tinjau kapal terbang terbuka pertama dibuka di KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81560750480_SEPANG.jpg)
Anjung tinjau kapal terbang terbuka pertama dibuka di KLIA
'Anjung Spotter' yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa bagi merakamkan saat pesawat berlepas dan mendarat di KLIA itu, dibina dengan kos RM300,000.