KUALA LUMPUR:Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah berusaha keras menarik lebih banyak pelaburan strategik dari seluruh dunia.
Pelaburan memerlukan masa yang panjang kerana ia melibatkan sejumlah besar modal, kata MIDA dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Isnin, Hanwha Energy Corp mengumumkan, loji janakuasa tenaga solar 48-megawatt di Malaysia sudah mula beroperasi dan memulakan pengeluaran komersial.
Pada 2018, pasukan MIDA diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Azman Mahmud telah berkunjung ke ibu pejabat Hanwha Energy di Seoul dalam usaha menarik pelaburan dari negara itu.
Pada 2017, syarikat tenaga boleh baharu Korea Selatan itu menerima surat lantikan projek bernilai US$40 juta daripada syarikat utiliti milik kerajaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membina loji itu di Perlis.
Di bawah projek itu, Hanwha Energy bakal menyediakan sekitar 65,000 megawatt jam tenaga elektrik, cukup untuk kegunaan 15,000 isi rumah, bagi tempoh 21 tahun, kata syarikat itu.
Astro Awani
Tue Dec 15 2020
Pasukan MIDA diketuai CEO Datuk Azman Mahmud di ibu pejabat Hanwha Energy di Seoul, pada 2018. - Foto MIDA
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Loji tenaga solar Hanwha Energy mulakan operasi di Perlis
Pelaburan memerlukan masa yang panjang kerana ia melibatkan sejumlah besar modal.