Dalam usaha memupuk semangat komuniti dan gaya hidup sihat, LG Electronics (M) Sdn Bhd (LG Malaysia) telah menganjurkan larian pertama mereka, LG Life’s Good Run.

Acara yang berlangsung di Anjung Floria, Putrajaya ini telah berjaya menarik lebih 3,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat membuktikan semangat hidup sihat kian subur.

Dengan tema "Run for the Good Life", LG Life’s Good Run bertujuan meraikan kesejahteraan dan kegembiraan hidup melalui aktiviti yang menyihatkan.

Menurut Pengarah Urusan LG Malaysia, Justin Choi, para peserta berpeluang memilih antara dua kategori iaitu lima kilometer dan 10 kilometer, sambil menikmati pemandangan indah sekitar bandar Putrajaya.

“LG Life’s Good Run adalah satu bukti kepada kuasa komuniti dan kepentingan memupuk kesejahteraan fizikal dan rohani.

“Apabila cabaran tidak dianggap sebagai halangan, sebaliknya dilihat sebagai sesuatu yang mampu membantu membina daya tahan dalam diri, ini bermaksud kami sudah berada dalam jalan yang sempurna ke arah ‘Life’s Good’,” katanya selepas selesai acara larian Life’s Good di Anjung Floria, Putrajaya pada Ahad.

Justin Choi berlari sepanjang 5 kilometer sambil menikmati pemandangan pagi indah di sekitar Putrajaya. - Gambar LG Malaysia

Selain larian, acara ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti permainan tradisional Korea, zon fotografi, dan pameran produk-produk terkini LG.

Tambahnya, para peserta kanak-kanak juga tidak ketinggalan menyertai larian khas diadakan sempena acara ini dalam usaha memupuk daya tahan dan keazaman sejak di usia muda.

“Kami juga menyediakan acara larian lima kilometer untuk kanak-kanak kerana mereka adalah masa depan kita dan ini akan menjadi peluang terbaik untuk mereka memupuk keyakinan kerana Life’s Good adalah cabaran yang hebat.

“Selain itu, kami juga mempamerkan pelbagai produk inovatif baharu untuk para pengunjung merasai sendiri produk dan penyelesaian berteknologi tinggi kami,” ujarnya.

xxx

Sebagai tanda penghargaan kepada para peserta, LG Malaysia telah menyediakan hadiah menarik seperti LG WashTower, TV OLED LG 65”, dan peti ais LG InstaView untuk pemenang-pemenang utama.

Kejayaan LG Life’s Good Run 2024 menjadi bukti komitmen LG Malaysia dalam menyokong gaya hidup sihat dan sejahtera dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Dengan sambutan yang begitu positif, LG Malaysia optimis untuk menganjurkan acara yang lebih besar dan menarik pada masa akan datang.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi LG Malaysia https://www.lg.com/my atau iikuti halaman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk maklumat, berita, dan promosi terkini.

Justin Choi bergambar kenangan bersama kesemua pemenang acara LG Life’s Good Run 2024 yang turut disertai dari pelbagai negara lain tidak kira bangsa atau agama. - Gambar LG Malaysia