Penjualan produk tembakau, termasuk shisha dan rokok, perlu dilesenkan bagi memastikan penjualan barangan tersebut terkawal, menurut pakar kawalan tembakau.
Pakar Kawalan Tembakau, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia Dr Zarihah Md Zain berkata untuk itu, kerajaan perlu meminda Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau bagi mewujudkan peraturan lesen tersebut.
Dengan langkah tersebut, penjualan shisha dan rokok kepada orang ramai dapat dikawal, terutama di kalangan umat Islam berikutan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan kedua-dua bahan tersebut, katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata kerajaan perlu mengenakan syarat yang ketat dalam permohonan lesen itu, yang selari dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan supaya usaha membendung penjualan atau pemilikan produk tembakau dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Beliau mencadangkan syarat pelesenan itu perlu merangkumi aspek lokasi perniagaan, golongan sasaran iaitu tidak boleh menjual produk tembakau kepada orang Islam dan mereka di bawah umur 18 tahun, cara penjualan dan lain-lain perkara yang berkaitan.
"Buat masa ini, siapa sahaja boleh menjual produk tembakau kerana masih tidak ada syarat pelesenan dikenakan sehingga menyebabkan penjualan produk yang dinyatakan haram dijual secara berleluasa," katanya.
Dr Zarihah, yang juga penasihat teknikal Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan yang mengalu-alukan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan shisha bagaimanpun khuatir sama ada pengharaman itu dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.
Ini adalah kerana usaha Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1995 mengharamkan rokok masih tidak berkesan dan "sudah 18 tahun fatwa (rokok haram) itu dikeluarkan, tetapi sampai sekarang masih ramai orang Islam menghisap rokok, katanya.
"Persoalannya, adakah fatwa pengharaman shisha ini akan menghadapi situasi sama seperti pengharaman rokok?" soalnya.
Dr Zarihah berkata negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand sudahpun meletakkan syarat lesen kepada setiap penjual produk tembakau.
Selain itu, katanya, penghisapan shisha turut mengalakkan penyebaran penyakit berjangkit seperti tibi dan hepatitis di mana konsep perkongsian hos atau penyedut shisha boleh menyebabkan penyebaran penyakit.
"Sekiranya penyakit berjangkit biasa seperti selesema tidak mengapa, tetapi jika ia melibatkan penyakit seperti tibi dan hepatitis, ia adalah serius dan perlu dibendung," katanya.
Beliau berharap Jabatan Agama Islam di setiap negeri akan turut mewartakan fatwa yang mengharamkan shisha.
Bernama
Mon Jul 22 2013
![Letak syarat pelesenan jual produk tembakau - Kata Pakar Letak syarat pelesenan jual produk tembakau - Kata Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51373253556_295x200.jpg)
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Apple tak bayar hutang Qualcomm ASD7 bilion Apple tak bayar hutang Qualcomm ASD7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51540609748_950x600.jpg)
Apple tak bayar hutang Qualcomm ASD7 bilion
Qualcomm pula mendakwa Apple melanggar hak paten cip, sekaligus menyaksikan kedua syarikat melalui beberapa fasa tindakan perundangan.
![Letak syarat pelesenan jual produk tembakau - Kata Pakar Letak syarat pelesenan jual produk tembakau - Kata Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/51373253556_295x200.jpg)
Letak syarat pelesenan jual produk tembakau - Kata Pakar
Kerajaan perlu meminda Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau bagi mewujudkan peraturan lesen tersebut.