KUALA LUMPUR: Imbangan akaun semasa (CAB) Malaysia meningkat sedikit 0.3 peratus kepada RM9.14 bilion pada suku ketiga 2023 berbanding RM9.1 bilion pada suku sebelumnya, ditingkatkan oleh eksport bersih barangan yang lebih tinggi, kata Jabatan Perangkaan Malaysia ( DOSM).
Lebihan yang lebih tinggi itu menyumbang 2.0 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), rendah sedikit daripada 2.1 peratus daripada KDNK pada suku kedua, katanya.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata aliran masuk bersih berjumah RM14.9 bilion berbanding aliran keluar bersih RM11.6 bilion pada suku sebelumnya.
Dalam tempoh Januari hingga September, CAB mencapai lebihan RM22.5 bilion, manakala AkaunKewangan merekodkan aliran masuk bersih RM1.0 bilion, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Uzir berkata eksport bersih barangan meningkat kepada RM32.7 bilion pada suku ketiga daripada RM29.5 bilion pada suku kedua 2023, dengan eksport meningkat 2.2 peratus kepada RM260.4 bilion.
Import barangan turut menunjukkan peningkatan 1.0 peratus suku ke suku untuk mencapai RM227.7 bilion, terutamanya disumbangkan oleh barangan perantaraan. China, Singapura dan AS adalah sumber utama import Malaysia.
Pelaburan Langsung Asing (FDI) mencatatkan aliran masuk bersih yang lebih tinggi RM7.2 bilion pada suku ketiga 2023 berbanding RM3.1 bilion pada suku sebelumnya.
"Penerima FDI terbesar ialah sektor perkhidmatan terutamanya dalam aktiviti kewangan dan perlombongan dan pengkuarian. Hong Kong, China dan United Kingdom merupakan sumber utama utama FDI," katanya.
Mohd Uzir juga menyatakan bahawa aliran keluar bersih pelaburan langsung di luar negara (DIA) meningkat kepada RM13.4 bilion berbanding RM8.0 bilion pada suku sebelumnya.
Penyumbang utama DIA adalah sektor perkhidmatan, khususnya dalam aktiviti kewangan, diikuti oleh sektor perlombongan dan pengkuarian serta pertanian; tiga destinasi utama ialah Indonesia, Angola dan Vietnam.
"Sehingga akhir suku ketiga 2023, FDI dan DIA terkumpul masing-masing berjumlah RM914.9 bilion dan RM659.6 bilion," katanya.
Jumlah aset kewangan berjumlah RM2,399.5 bilion berbanding jumlah liabiliti RM2,296.3 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
![Lebihan akaun semasa Malaysia meningkat kepada RM9.14 bilion suku ketiga 2023 - Perangkaan Lebihan akaun semasa Malaysia meningkat kepada RM9.14 bilion suku ketiga 2023 - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700203074_TBDataranMerdekaP.jpg)
Lebihan yang lebih tinggi itu menyumbang 2.0 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), rendah sedikit daripada 2.1 peratus daripada KDNK pada suku kedua. - Gambar hiasan
![SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721004034_MLBBMidSeasonCup.jpg)
SRG menang, Ahmad Zahid ikrar komitmen bangun industri sukan digital
Sebagai Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan, Zahid berjanji memberi komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [15 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Lagi kes termakan makanan beracun, remaja nyaris maut di Kemaman
- FBI kenal pasti suspek penembak Trump sebagai Thomas Matthew Crooks
- Lagi kes termakan makanan beracun, remaja nyaris maut di Kemaman
- FBI kenal pasti suspek penembak Trump sebagai Thomas Matthew Crooks
![Dasar pendidikan digital, BUDI MADANI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Dasar pendidikan digital, BUDI MADANI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658155368_BangunanParlimen.jpg)
Dasar pendidikan digital, BUDI MADANI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ahmad Johnie akan bertanyakan Menteri Pendidikan berkaitan jumlah guru terlatih untuk mengaplikasikan teknologi digital di Sarawak.
![Final Copa America: Sepak mula perlawanan ditunda 30 minit ekoran masalah di luar stadium Final Copa America: Sepak mula perlawanan ditunda 30 minit ekoran masalah di luar stadium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721004183_CopaAmerica.jpg)
Final Copa America: Sepak mula perlawanan ditunda 30 minit ekoran masalah di luar stadium
CONMEBOL mengumumkan, sepak mula ditangguhkan selama 30 minit hingga 8:30 pagi waktu Malaysia.
Aepul Roza juara sulung The Hardest Singing Show
Musim pertama rancangan realiti nyanyian keluaran astro The Hardest Singing Show melabuhkan tirainya pada malam Ahad.
Penyanyi Aepul Roza dinobatkan sebagai juara sulung pertandingan ini yang menampilkan sisi berbeza seseorang penyanyi, yang bukan sahaja mementingkan kekuatan vokal, tetapi persembahan yang hebat.
Penyanyi Aepul Roza dinobatkan sebagai juara sulung pertandingan ini yang menampilkan sisi berbeza seseorang penyanyi, yang bukan sahaja mementingkan kekuatan vokal, tetapi persembahan yang hebat.
Tidak adil minta penganjur tanggung kos atlet negeri ke SUKMA
Setiap negeri yang bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini tidak sepatutnya menjadikan kekangan kewangan sebagai alasan untuk meminta supaya penganjur menanggung sebahagian perbelanjaan.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata ini kerana temasya sukan itu merupakan satu keperluan dalam memastikan negara tidak ketandusan bakat muda.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata ini kerana temasya sukan itu merupakan satu keperluan dalam memastikan negara tidak ketandusan bakat muda.
![Jelajah di Sabah diharap tarik pengunjung ke MAHA 2024 di MAEPS September ini Jelajah di Sabah diharap tarik pengunjung ke MAHA 2024 di MAEPS September ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721005494_FAMAMalaysia.jpg)
Jelajah di Sabah diharap tarik pengunjung ke MAHA 2024 di MAEPS September ini
Jelajah Road to MAHA@Sabah bermula di Kota Kinabalu semalam, diikuti ke Kota Belud, Kundasang, Telupid dan berakhir di Sandakan.
Parlimen: Dasar Pendidikan Digital, Budi Madani antara tumpuan hari ini
Dasar Pendidikan Digital dan Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Israel makin kejam, sasar hapuskan kepimpinan Hamas
Tentera Israel menjadikan Panglima Tertinggi Briged Al Qassam, Mohammed Deif sebagai sasaran utama dengan melancarkan serangan udara di zon kemanusiaan di Gaza.
Kekejaman Zionis: Hamas tarik diri daripada rundingan gencatan senjata
Hamas sahkan menarik diri daripada rundingan gencatan senjata dengan Israel, pada Ahad.
![Lebihan akaun semasa Malaysia meningkat kepada RM9.14 bilion suku ketiga 2023 - Perangkaan Lebihan akaun semasa Malaysia meningkat kepada RM9.14 bilion suku ketiga 2023 - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700203074_TBDataranMerdekaP.jpg)
Lebihan akaun semasa Malaysia meningkat kepada RM9.14 bilion suku ketiga 2023 - Perangkaan
Imbangan akaun semasa (CAB) Malaysia meningkat sedikit 0.3 peratus kepada RM9.14 bilion pada suku ketiga 2023 berbanding RM9.1 bilion pada suku sebelumnya.