KUALA LUMPUR: Lebih 150 syarikat India melabur sebanyak US$3 bilion di Malaysia dan menyumbang kepada lebih 20,000 peluang pekerjaan di negara ini.
Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy berkata di sebaliknya syarikat Malaysia pula melabur US$7 bilion di India sama ada secara terus atau melalui negara ketiga.
Perniagaan India terlibat dalam pelbagai sektor di Malaysia seperti ICT, bioteknologi, pembuatan dan perkhidmatan kewangan.
Menurut Reddy, kebelakangan ini India muncul sebagai 10 rakan dagang utama Malaysia di peringkat global. Meskipun dibelenggu pandemik COVID-19, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara berkembang sebanyak 26 peratus pada 2021 dan perdagangan keseluruhan mencecah US$17 bilion.
Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia-India (MICECA) dan Perjanjian komprehensif ASEAN-India mengenai Perdagangan Barangan dan Perkhidmatan serta Pelaburan terus menggalakkan hubungan dua hala kedua-dua negara," katanya.
Reddy berkata demikian dalam ucapannya pada majlis resepsi Hari Republik India 2022, di sini pada Jumaat.
Tetamu utama, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan mewakili kerajaan Malaysia pada majlis itu. Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran, yang juga Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan.
Reddy menekankan bahawa India dan Malaysia berkongsi ikatan persahabatan yang mendalam dan kekal, berakar umbi dalam hubungan sesama rakyatnya.
Beliau berkata ikatan persahabatan ini melangkaui hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sejak 1957.
"Ia juga menandakan 30 tahun perkongsian pembangunan ASEAN. Kami melihat peluang besar untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan mengambil peluang daripada hubungan kukuh yang terjalin antara kedua-dua negara," tambahnya.
Di samping itu, Reddy berkata lebih 250,000 warga India terdiri daripada profesional dan pekerja turut menyumbang kepada ekonomi Malaysia.
Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Malaysia kerana memudahkan warga India untuk meneruskan kerjaya mereka di Malaysia.
Mengenai COVID-19, Reddy berkata Malaysia mencapai kemajuan besar dalam pelaksanaan vaksinasi termasuk dos penggalak dan meluaskannya kepada golongan muda.
Beliau menyatakan sudah lebih dua tahun dunia memerangi COVID-19. Pada tahun pertama India telah meningkatkan infrastruktur penjagaan kesihatan dan menjangkau untuk membantu orang lain.
"Menjelang tahun kedua, kami membangunkan vaksin sendiri - Covaxin, dan melancarkan kempen vaksinasi terbesar di dunia.
"Dengan lebih 1.65 bilion dos telah diberikan, kami berjaya menampung 93 peratus populasi dewasa dengan dos pertama dan 70 peratus penduduk telah menerima vaksin lengkap," katanya.
India turut membekalkan vaksin di bawah inisiatif 'Vaccine Maitri' dan bantuan perubatan lain kepada 74 negara.
Beliau menyatakan bahawa Perdana Menteri India Narendra Modi dalam ucapannya di Sidang Kemuncak Kumpulan 20 Pemimpin di Rom pada Oktober lalu, mengumumkan negara itu akan menghasilkan lima bilion dos vaksin COVID-19 tahun ini, yang akan tersedia untuk dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 29 2022

Reddy menekankan bahawa India dan Malaysia berkongsi ikatan persahabatan yang mendalam dan kekal, berakar umbi dalam hubungan sesama rakyatnya. - Facebook India in Malaysia (High Commission of India, Kuala Lumpur)
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Lebih 150 syarikat India melabur US$3 bilion di Malaysia
Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy berkata di sebaliknya syarikat Malaysia pula melabur US$7 bilion di India.