Changi Airport Group (CAG) melakar satu lagi detik bermakna dalam sejarah penubuhannya apabila mencatat pengendalian 60 juta penumpang pada 2017 iaitu yang pertama tempoh setahun penuh.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Seow Hiang menyifatkan pencapaian itu sebagai membanggakan bagi semua warga kerja lapangan terbang itu yang dibuka pada 1981.
"Ini hasil kegigihan dan dedikasi untuk mengembangkan Changi kepada apa yang telah dicapainya pada masa sekarang.
"Kami mencatat 50 juta penumpang pada 2012 dan dapat meningkatkan aliran kendalian tahunan sebanyak 20 peratus atau 10 juta dalam tempoh lima tahun berikutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu, CAG berkata sektor penerbangan akan terus menjadi penyumbang utama ekonomi Singapura berikutan kehadiran lebih 60 juta penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Changi setiap tahun.
Selain menyediakan lebih 160,000 peluang pekerjaan, pintu masuk utama ke Singapura itu turut menyumbang 6.0 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar republik berkenaan.
Setakat 1 Disember lepas, lebih 100 syarikat penerbangan beroperasi di lapangan terbang itu yang disenaraikan sebagai keenam paling sibuk di dunia bagi aliran penumpang antarabangsa pada 2016. -- Bernama
Bernama
Mon Dec 18 2017

Pencapaian itu sebagai membanggakan bagi semua warga kerja lapangan terbang itu yang dibuka pada 1981. - REUTERS/Fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

COVID-19: Singapura lapor satu kes positif jangkitan awal bagi strain B117
Ia melibatkan seorang lelaki, berusia 24 tahun dari Korea yang merupakan pemegang pas kerja yang bekerja di Azur, Crowne Plaza Changi Airport, 75 Airport Boulevard.

Terminal 2 Changi digantung 18 bulan mulai 1 Mei depan
Operasi di Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Changi akan digantung selama 18 bulan mulai 1 Mei depan, menurut Changi Airport Group (CAG).

Lapangan Terbang Changi kendali 60 juta penumpang pada 2017
Changi Airport Group melakar detik bermakna dalam sejarah penubuhannya apabila mencatat pengendalian 60 juta penumpang pada 2017.

Lapangan Terbang Changi ambil robot sebagai 'tukang cuci'
Lapangan Terbang Antarabangsa, Changi memperkenalkan empat robot sebagai petugas pembersih, lapor Chanel News Asia.

Viral kerana 'kacak', Lapangan Terbang Changi dedah identiti polis bantuan
Pegawai berkenaan bernama Lee Minwei yang berusia 22 tahun dan telah berkhidmat Lapangan Terbang Changi selama tujuh bulan.

Pesawat Singapore Airlines mengalami kerosakan teknikal
'Nose gear' atau roda ketiga sebuah pesawat Singapore Airlines telah mengalami kerosakan di Lapangan Terbang Changi, Singapura pagi tadi.

Singapura tutup lapangan terbang seletar
Penutupan terkini itu adalah bagi tempoh 12 jam sehingga 11 malam dan mungkin dilanjutkan, bergantung kepada tahap penglihatan.