Pakar ekonomi dan ahli perniagaan berkata cadangan pengubahsuaian Bajet 2016 ekoran kejatuhan harga minyak yang menjejaskan hasil kerajaaan adalah satu langkah praktikal.
Mereka berkata pengubahsuaian itu adalah berdasarkan kepada realiti keadaan ekonomi sekarang kerana langkah itu akan menentukan tindakan dan seterusnya keputusan peruntukan sumber.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam ucapan beliau di Kementerian Kewangan Jumaat berkata pengubahsuaian Bajet 2016 akan dibentangkan tidak lama lagi dalam suasana tahun baharu yang mencabar.
Beliau berkata pengubahsuaian itu akan melibatkan, antara lainnya, langkah-langkah mengoptimumkan perbelanjaan, mengambil kira peranan syarikat berkaitan kerajaan dan memastikan kerajaan terus menjaga kesejahteraan rakyat.
"Apabila berkaitan dengan bajet, terdapat perkara yang berada di luar kawalan kita, seperti penurunan harga minyak," katanya.
Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kerajaan perlu realistik dan mengambil kira terutamanya kitaran ekonomi apabila membuat andaian.
"Setakat ini, kerajaan telah mengambil langkah untuk memastikan negara boleh menangani cabaran itu dengan mengurangkan pergantungannya kepada hasil berkaitan minyak," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.
Beliau berkata bahagian sumbangan hasil minyak kepada kerajaan merosot daripada 41 peratus pada 2009 kepada kira-kira 14 peratus pada 2016.
Bagaimanapun, beliau berkata, Malaysia agak lebih baik berbanding negara-negara Majlis Kerjasama Teluk di mana hasil minyak menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah hasil kerajaan.
Mengenai implikasi pengubahsuaian bajet kepada sasaran defisit fiskal Malaysia tahun ini pada 3.1 peratus, Mohd Afzanizam berkata: "Semakan semula yang tinggi sedikit tidak akan menjejaskan perbelanjaan pembangunan."
Beliau berkata pengguna dijangka terus berhati-hati berbelanja berikutan sentimen lemah.
"Justeru itu, kita memerlukan sedikit pemangkin untuk memastikan pertumbuhan ekonomi tidak akan terjejas teruk," katanya.
Sementara itu, Pengurus Negara Jobstreet.com, Chook Yuh Yng berkata, pengubahsuaian bajet itu mencerminkan realiti ekonomi 2016 dan amat penting untuk memastikan ia terkawal.
"Dalam tempoh mencabar ini, penting untuk melihat bagaimana menjadikan situasi bertambah baik. Apa sahaja yang boleh meningkatkan daya saing negara dialu-alukan terutamanya dengan ekonomi ASEAN yang semakin terbuka," katanya kepada Bernama.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau akan memastikan insentif bagi petani dan nelayan tidak akan terjejas dalam pengubahsuaian bajet itu.
Beliau berkata insentif ini perlu dikekalkan untuk membantu petani dan nelayan berdepan kos hidup tinggi.
Bernama
Fri Jan 08 2016
Pengubahsuaian itu adalah berdasarkan kepada realiti keadaan ekonomi sekarang kerana langkah itu akan menentukan tindakan dan seterusnya keputusan peruntukan sumber. - Gambar fail
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
Kadar caruman kembali pada 11% berkuat kuasa Januari 2018 - KWSP
Kadar caruman pekerja yang sebelum ini diturunkan kepada lapan peratus akan kembali ke kadar asal iaitu 11 peratus bagi pekerja yang belum mencecah usia 60 tahun berkuat kuasa Januari 2018.
Tiada lanjutan tempoh tawaran kurangan penalti, hapus kenaikan cukai 15 Dis
Pembayar cukai di negara ini dinasihatkan supaya segera memanfaatkan 'Program Tawaran Pengurangan Penalti dan Penghapusan Kenaikan Cukai' sebelum tempoh permohonan program berkenaan tamat pada 15 Dis.
Kerjasama kerajaan negeri, syarikat swasta bantu belia miliki rumah - Najib
Kerajaan negeri digalak menyediakan tanah dengan nilai premium yang rendah dalam usaha membantu merealiasikan impian golongan muda memiliki rumah pada harga mampu milik.
Tidak perlu pengubahsuaian bajet lagi buat masa ini, kata Najib
Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil sekitar US$30-US$40 setong, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anda pelabur? Ini 3 penerangan ringkas pasaran saham pada dagangan Rabu
Di sebalik saham sektor perbankan sekitar Asia, Eropah dan Amerika Syarikat menyaksikan kejatuhan, saham perbankan tempatan dijangka kekal berdaya tahan.
CUEPACS lega, tiada pekerja diberhentikan
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, CUEPACS hari ini melahirkan rasa syukur dengan pengumuman Perdana Menteri.
Teks ucapan penuh Perdana Menteri tentang Pengubahsuaian Bajet 2016
Berikut adalah teks penuh ucapan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Pengubahsuaian Bajet 2016.
Pengubahsuaian Bajet 2016: Jaminan pendidikan tidak akan terjejas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak antaranya menyentuh tentang program biasiswa, program khas kejuruteraan dan program lepasan Bursary.
11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016, di PICC, Putrajaya hari ini.
CUEPACS nafi berlaku pemotongan elaun penjawat awam
CUEPACS menafikan akan berlakunya pemotongan elaun kepada 220,000 kakitangan awam dan kumpulan profesional menjelang pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 pada Khamis ini.