PETALING JAYA: Permintaan komoditi minyak sawit mentah (MSM) Malaysia dijangka kekal stabil walaupun Indonesia memutuskan untuk melanjutkan pengecualian levi eksport komoditi itu, baru-baru ini.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata tindakan itu juga tidak menjejaskan permintaan MSM negara berikutan jumlah permintaan semasa yang besar terhadap komoditi tersebut.
"Tiada apa yang perlu dikhuatirkan pada masa ini, (permintaan MSM) kita tidak akan terjejas.
"Malah, di peringkat pasaran (global) juga masih mengalami kekurangan minyak sawit," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Muzium Coklat di sini, hari ini.
Beliau mengulas laporan media pada Rabu bahawa eksport MSM Malaysia dijangka turun dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang, sekali gus meningkatkan stok simpanan menjelang akhir Disember 2022 kepada 2.5 juta tan yang merupakan angka tertinggi sejak April 2019.
Menurut laporan tersebut, ini berikutan langkah Indonesia yang dalam proses mengurangkan stok pada harga lebih murah selepas mengumumkan melanjutkan pengecualian levi eksport kepada 31 Oktober depan, sekali gus membatalkan larangan eksport pada Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022
Zuraida Kamaruddin berkata tindakan itu juga tidak menjejaskan permintaan MSM negara berikutan jumlah permintaan semasa yang besar terhadap komoditi tersebut. - Bernama
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Langkah Indonesia lanjut pengecualian levi eksport dijangka tidak jejas MSM negara
Tindakan itu juga tidak menjejaskan permintaan MSM negara berikutan jumlah permintaan semasa yang besar terhadap komoditi tersebut.
MBAM harap kerajaan perkenal langkah khas untuk industri binaan
Ini termasuk masa remobilisasi bagi mengurangkan tekanan terhadap syarikat kontrak terbabit dan mengelak mereka daripada dikenakan penalti LAD akibat isu tidak dijangkakan dan di luar kawalan.