Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan yang jumlah simpanan asas akan disemak semula daripada RM196,800 kepada RM228,000 berkuat kuasa 1 Januari 2017.
Jumlah itu akan ditetapkan sebagai sasaran minimum simpanan KWSP yang ahli perlu miliki apabila mereka mencapai usia 55 tahun, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Simpanan asas itu merujuk kepada jumlah yang dianggap cukup bagi menyokong keperluan persaraan asas ahli selama 20 tahun daripada umur 55 ke 75 seiring dengan jangka hayat rakyat Malaysia.
Kuantum baharu itu ditanda aras terhadap pencen minimum untuk kakitangan sektor awam, yang dinaikkan daripada RM820 kepada RM950 sebulan daripada usia 55 hingga 75.
"Kuantum simpanan asas KWSP itu disemak semula secara berkala mengikut pencen minimum kakitangan sektor awam, atau setiap tiga tahun, yang mana lebih awal, dengan semakan terakhir berkuat kuasa pada 2014," kata Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat, Nurini Kassim.
Berikutan kenaikan kos sara hidup, jangka hayat yang lebih panjang dan kadar inflasi lebih tinggi, KWSP telah memutuskan untuk menyemak semula simpanan asas kepada RM228,000 daripada RM196,800.
"Sejajar dengan itu, ahli ahli perlu mempunyai simpanan lebih tinggi dalam akaun KWSP mereka untuk layak menyertai Skim Pelaburan Ahli (SPA) KWSP," katanya.
Skim itu menawarkan ahli dengan pilihan meningkatkan simpanan persaraan dengan menempatkan sebahagian simpanan KWSP mereka dalam Akaun 1 untuk dilaburkan dalam dana unit amanah atau melalui mandat swasta diuruskan institusi pengurusan dana (IPD) di bawah SPA KWSP.
Menurut Nurini, simpanan asas itu akan diguna sebagai panduan untuk ahli menentukan jumlah dibenarkan bagi dipindah untuk pelaburan di bawah skim tersebut.
Berkuat kuasa 1 Januari 2017, jumlah yang layak untuk ahli melabur di bawah SPA KWSP telah dinaikkan sehingga 30 peratus daripada simpanan asas mereka daripada Akaun 1, berbanding 20 peratus sekarang ini.
"Sebelum menyertai skim ini, ahli KWSP perlu membaca prospektus dan dokumen pendedahan untuk memahami sepenuhnya produk pelaburan tersebut dan perlu berbincang dengan penasihat kewangan profesional.
"Ahli dengan i-Akaun juga boleh merujuk kepada Portal Maklumat SPA KWSP untuk butir terperinci mengenai dana unit amanah di bawah skim itu, di samping IPD yang menguruskan dana unit amanah terlibat," kata Nurini. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2016
Kuantum baharu itu ditanda aras terhadap pencen minimum untuk kakitangan sektor awam, yang dinaikkan daripada RM820 kepada RM950 sebulan daripada usia 55 hingga 75. - Gambar fail
Malaysia yakin hadapi sebarang cabaran mungkin berlaku daripada pentadbiran Trump
Masih terlalu awal untuk memastikan bahawa ketegangan antara China dan Amerika Syarikat akan berlaku semasa pentadbiran Trump.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran lebih RM250 perlu proses e-KYC
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari.
Sistem perkhidmatan KWSP pulih sepenuhnya, data ahli tidak terjejas
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memulihkan sistemnya kepada perkhidmatan penuh selepas mengalami gangguan sementara pada semua salurannya termasuk aplikasi i-Akaun KWSP.
Pembayaran i-Citra bermula 2 Ogos
Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan mengambil masa 1 sehingga 3 hari mengikut prosedur bank masing-masing.
KWSP umum penutupan sementara kaunter perkhidmatan di Pahang
KWSP menutup sementara kaunter perkhidmatannya di Pahang susulan pengumuman Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengenai penangguhan semua urus niaga berkaitan kaunter pada Feb 2, 2021.
KWSP Jalan Raja Laut ditutup bagi proses disinfeksi bermula Selasa
Penutupan pejabat itu adalah susulan seorang ahli KWSP disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
KWSP catat kenaikan penggunaan pelbagai platform perkhidmatan pelanggan
KWSP melaporkan peningkatan dalam penggunaan platform fizikal dan perkhidmatan pelanggan digital sebagai mod pilihan transaksi dengan kumpulan itu pada suku ketiga 2016.
KWSP tetapkan RM228,000 sebagai sasaran simpanan minimum pada usia 55 tahun
JeKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan yang jumlah simpanan asas akan disemak semula daripada RM196,800 kepada RM228,000 berkuat kuasa 1 Januari 2017.
Pengguna i-Akaun KWSP naik kepada 3.10 juta pada suku ketiga 2015
Penggunaan laman web myEPF juga naik 28.53 peratus kepada 4.03 juta pada suku ketiga 2015 berbanding 3.10 juta pada suku sama 2014.
KWSP lancar aplikasi mudah alih untuk Gen-Y
Aplikasi mudah alih yang dibangunkan sendiri oleh kakitangan KWSP ini boleh digunakan di semua telefon pintar dan tablet dengan Android versi 2.2 dan ke atas.