Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mencatat jumlah pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM12.16 bilion untuk suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2020, semasa cabaran pandemik global COVID-19.
Menurut Ketua Pegawai KWSP Alizakri Alias, pandemik ini telah memberikan impak yang besar ke atas dunia yang tidak bersedia menghadapinya, mengakibatkan perubahan mendalam kepada kehidupan seharian serta menyebabkan kemelesetan ekonomi yang di luar jangkaan.
"Ini memburukkan lagi keadaan yang sudah pun menyaksikan persekitaran global yang sememangnya lemah akibat kejatuhan harga minyak dan ketidaktentuan pasaran yang didorong oleh isu geopolitik yang masih berterusan sejak 2019," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Instrumen pendapatan tetap menyumbang sebanyak RM4.87 bilion kepada pendapatan kasar. Sektor hartanah dan infrastruktur serta instrumen pasaran wang pula masing-masing menyumbang RM0.43 bilion dan RM0.54 bilion, manakala ekuiti pula mencatatkan RM6.32 bilion, mewakili 52% daripada jumlah pendapatan kasar.
"Pendapatan pelaburan bersih yang dicatatkan adalah sebanyak RM7.50 bilion setelah mengambil kira penghapusan ke atas nilai ekuiti tersenarai, yang merupakan amalan berhemah KWSP dalam memastikan portfolio pelaburan jangka panjang kekal sihat," katanya.
"Semua pasaran domestik dan global terjejas teruk, terutamanya pasaran ekuiti yang mengalami penurunan yang ketara, dengan kejatuhan pasaran global sehingga 32%, manakala prestasi FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 15% sehingga 31 Mac 2020.
Prestasi pelaburan KWSP juga tidak terkecuali daripada impak COVID-19 dan mencatatkan penurunan prestasi dalam aset pelaburan kami.
"Walaupun ketidaktentuan pasaran dijangka akan berterusan, KWSP telah melihat beberapa pemulihan dalam pelbagai pasaran dunia sejak April lepas," katanya.
"Sebagai dana simpanan jangka masa panjang dengan pelaburan di serata dunia, KWSP sentiasa mengamalkan sistem penilaian dan pengurusan yang tegas dalam membuat sebarang keputusan pelaburan, yang berpandukan strategi jangka masa panjang bagi memastikan kami sentiasa berwaspada dan tidak membuat keputusan secara terburu-buru mengikuti pergerakan pasaran semasa.
"Oleh itu, KWSP berada dalam kedudukan yang lebih baik dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran dan berpeluang menambah pelaburan dalam aset-aset yang kukuh," kata Tunku Alizakri.
Beliau menambah dalam keadaan ini, KWSP semakin mengambil manfaat daripada pelaburan yang berterusan dalam pasaran luar negara, yang merangkumi 28.8% daripada keseluruhan jumlah pelaburan aset KWSP.
"Berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA), dana itu berjaya mengatasi kebanyakan dana ekuiti lain walaupun dalam keadaan kemerosotan pasaran, sementara menumpukan kepada aset yang lebih stabil seperti bon, ini telah meningkatkan pulangan daripada aset pendapatan tetap KWSP dan seterusnya mengurangkan impak daripada penurunan harga ekuiti.
"SAA KWSP memperuntukkan 54 peratus kepada Instrumen Pendapatan Tetap, 36 peratus kepada Ekuiti, enam peratus kepada Hartanah dan Infrastruktur serta empat peratus kepada Instrumen Pasaran Wang. Ini mencerminkan matlamat jangka panjang KWSP dalam memastikan pelaburan berhemah dan berdisiplin bagi menghadapi pergerakan pasaran yang tidak menentu," katanya.
KWSP juga telah segera membuat penyesuaian ke atas perkhidmatan dan produknya bagi mengimbangi keperluan aliran tunai semasa anggota-anggota KWSP menghadapi cabaran yang disebabkan oleh pandemik ini, di samping memenuhi mandatnya untuk melindungi simpanan persaraan mereka pada masa hadapan.
Di sebalik ketidaktentuan akibat pandemik ini dan keadaan ekonomi yang merudum, beliau melahirkan keyakinan bahawa keadaan ini akan kembali pulih dan stabil semula.
"Namun, adalah penting bahawa kita belajar dan menyesuaikan diri supaya kita boleh mengambil kesempatan daripada peluang yang telah disampaikan oleh krisis COVID-19. Kita perlu merancang semula infrastruktur global serta model ekonomi dan model sosial negara untuk mencapai masa depan yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 13 2020

KWSP telah melihat beberapa pemulihan dalam pelbagai pasaran dunia sejak April lepas. - Gambar fail

Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.