KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) hari ini melancarkan Pelan Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil 2023-2027 (P3PK 2023-2027) yang menggariskan strategi dan inisiatif pemerkasaan komuniti itu di Malaysia.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata pelan yang berpaksikan Dasar Keusahawan Nasional 2030 itu merupakan kesinambungan kepada Inisiatif Strategik Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil 2015-2020 yang tempoh pelaksanaannya telah tamat.
"Pelan ini mampu menyokong pertumbuhan serta pembangunan kumpulan penjaja dan peniaga kecil di negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Pembangunan pelan memfokuskan kepada perencanaan strategi dan inisiatif yang lebih komprehensif serta mampan dengan mengambil kira impak pandemik COVID-19 terhadap komuniti penjaja dan peniaga kecil yang terjejas teruk dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini," katanya ketika berucap melancarkan P3PK 2023-2027 di sini, hari ini.
Bertemakan 'Memacu Kelestarian Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Melalui Persekitaran Kondusif dan Holistik', P3PK 2023-2027 dirangka berpaksikan lima teras utama dan diperkukuh dengan 17 strategi serta 29 inisiatif yang diyakini mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan ekosistem perniagaan komuniti itu di seluruh negara.
"Berdasarkan perancangan, pelaksanaan strategi dan inisiatif untuk tempoh lima tahun akan datang telah dicerakinkan mengikut tiga fasa garis masa iaitu langkah pantas selama setahun, sederhana (satu hingga tiga tahun) dan panjang yang mengambil masa tiga hingga lima tahun.
"KUSKOP percaya dengan penetapan garis masa ini, pelan ini akan memberi impak positif dan kolektif kepada setiap pihak berkepentingan dalam tempoh yang munasabah,"katanya.
Ewon berkata penetapan garis masa itu juga dilihat akan membolehkan transformasi dan perubahan terhadap landskap pengoperasian penjaja dan peniaga kecil yang lebih sistematik serta mampu memberi impak positif kepada kumpulan sasaran.
"Impak positif ini merangkumi perkara seperti psikologi kendiri penjaja dan peniaga kecil, ekosistem perniagaan yang lebih kondusif, peningkatan sokongan kewangan dan latihan pembangunan perniagaan, pembangunan modal insan serta peningkatan adaptasi budaya pendigitalan," katanya.
Ewon berkata pelan itu dijangka mampu memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 86,000 penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berucap pada Pelancaran Pelan Pembangunan dan Peniaga Kecil (P3PK) 2023-2027 di Menara Pernas, hari ini. - Foto BERNAMA
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
KUSKOP lancar Pelan Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil 2023-2027
KUSKOP melancarkan Pelan Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil 2023-2027 (P3PK 2023-2027) yang menggariskan strategi dan inisiatif pemerkasaan komuniti itu di Malaysia.