KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperkenalkan inisiatif baharu melibatkan pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus daripada nilai asal kompaun bagi semua kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 yang telah dimansuhkan bermula 1 Mac hingga 30 Jun ini.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata inisiatif KPDNHEP melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu bertujuan untuk meringankan beban komuniti korporat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 serta membantu pemulihan ekonomi negara selari dengan aspirasi Keluarga Malaysia.
Katanya, pelaksanaan inisiatif berkenaan diharap dapat membantu komuniti peniaga untuk meneruskan perniagaan meskipun berhadapan detik mencabar ketika ini.
Dalam pada itu, beliau berkata kementeriannya melalui agensi SSM juga akan meneruskan lima inisiatif yang telah diperkenalkan tahun lepas dengan beberapa penambahbaikan.
"SSM turut meneruskan pelaksanaan inisiatif yang diperkenalkan tahun lepas seperti Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP), yang menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT (institut pengajian tinggi) sepenuh masa," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Selain itu, beliau berkata inisiatif pelaksanaan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) secara percuma diharap dapat menggalakkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menceburi bidang perniagaan secara sah.
Nanta berkata bagi inisiatif lain, SSM akan melanjutkan tempoh masa pendaftaran SSM BizTrust kepada entiti-entiti perniagaan yang berdaftar dengan SSM secara percuma hingga 31 Disember 2022.
Katanya, SSM turut mencadangkan pindaan bagi menambah baik peruntukan-peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016 berkaitan mekanisme penyelamat korporat dan skim kompromi atau perkiraan.
"Penambahbaikan serta pindaan ini akan membolehkan syarikat-syarikat yang menghadapi masalah kewangan memohon proses rehabilitasi korporat yang bersesuaian agar syarikat boleh terus beroperasi (stay afloat)," jelasnya.
Nanta berkata melalui inisiatif seterusnya, SSM memperkenalkan peruntukan-peruntukan berkaitan mekanisme penyelamat korporat di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 bagi entiti Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang menghadapi masalah kewangan.
Katanya, rang undang-undang berkenaan bertujuan untuk menambah baik kerangka perundangan sedia ada berkaitan rehabilitasi korporat bagi PLT selain memperkenalkan peruntukan mengukuhkan polisi berhubung kerangka pelaporan pemunyaan benefisial yang komprehensif.
"KPDNHEP dan SSM berharap inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ini dapat membantu ke arah pemulihan ekonomi negara sejajar dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan," katanya.
Orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM menerusi talian 03-77214000 atau e-mel kepada enquiry@ssm.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022
Menurut Nanta, pelaksanaan inisiatif berkenaan diharap dapat membantu komuniti peniaga untuk meneruskan perniagaan meskipun berhadapan detik mencabar ketika ini. - Gambar fail/BERNAMA
Pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad
Pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad Nawab di Tanah Perkuburan Raudathul Sakinah.
Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Di jam ini kita bersama dengan penerbit dan penulis lirik Datuk Habsah Hassan untuk kita singkap pandangan peribadi terhadap Allayarham dan bagaimana legasi ditinggalkan arwah memberi kesan.
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
"His name is gonna be there forever, tak akan pudar" - Datuk DJ Dave
Kebanyakan lagu-lagu raya yang hit adalah dari hasil karya Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab. Nama dan lagu beliau tidak akan dilupakan dan sentiasa akan berkumandang dicorong-corong radio dan televisyen.
#AWANInews
#AWANInews
"Arwah selalu nasihatkan saya, disiplin itu penting" - Datuk DJ Dave
Penyanyi veteran dan Pengerusi Yayasan Artis Veteran (YKAT), Datuk DJ Dave berkongsi pengalaman dan kenangan ketika bekerja dengan Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
#AWANInews
#AWANInews
"Allahyarham seperti bapa dan ajar tentang hidup di KL" - Ramlah Ram
"Dialah guru, bapa saya, ambil berat mengenai saya. Lagu saya dari awal memang daripada arwah. Saya belajar hidup di Kuala Lumpur pun dengan arwah," kata Ramlah Ram.
COP29: Perumahan sosial di Kemboja tangani perubahan iklim
Dalam temu bual eksklusif bersama Mao Vibal,Timbalan Setiausaha Kementerian Negeri Kemboja, kita mendalami bagaimana projek perumahan sosial di negara ini membantu menangani cabaran perubahan iklim. Mao Vibal berkongsi pandangannya mengenai pendekatan inovatif yang digunakan untuk membangunkan perumahan yang tahan terhadap kesan perubahan iklim, termasuk penggunaan bahan mesra alam dan reka bentuk yang lebih mampan. Temu bual ini memberi tumpuan kepada impak sosial dan ekonomi dari inisiatif ini, serta bagaimana ia memberi peluang kepada komuniti yang paling terdedah kepada perubahan iklim di Kemboja.
Jenazah Ahmad Nawab selesai disolatkan, akan dikebumi sebelum tengah hari
Jenazah tiba kira-kira jam 9 pagi tadi dan disambut ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan artis.
Jiwa SME: Merintis perniagaan sepenuhnya milik rakyat Malaysia di Korea Selatan
Ikuti cerita Kim Seri dan Aira Saraan yang menjadi perintis kepada peniagaan sepenuhnya milik rakyat Malaysia di Korea Selatan.
Kontrak niaga hadapan MSM dijangka meningkat minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat minggu ini, didorong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan menurun baru-baru ini. Peniaga minyak sawit David Ng menjangkakan harga akan meningkat antara RM4,600 dan RM4,900 setiap tan minggu ini.
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.