Usaha melestarikan alam sekitar tidak semestinya menelan kos yang tinggi, sekiranya lebih banyak syarikat turut serta dalam inisiatif itu.
Pengasas #sayno2plastic, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah berpendapat, inisiatif itu juga mampu membawakan kebaikan untuk sesebuah syarikat.
“Ia bagus untuk perniagaan. Anda harus memikirkan untuk jangka masa panjang. Semakin banyak syarikat yang mengambil bahagian, maka usaha kelestarian alam sekitar tidak akan menelan kos tambahan.
“Ia tidak seharusnya menelan kos tambahan. Kita perlu tahu bahawa sumber kita juga terhad.
“Maka, apabila mereka (syarikat) mengatakan bahawa adalah memerlukan kos untuk menjaga kelestarian alam sekitar, saya tidak bersetuju. Dalam jangka masa panjang, ia merupakan sesuatu yang baik,” kata Tengku Zatashah dalam sesi khas pada Persidangan Maya Pusat Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) 2020 di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara pada Selasa.
BACA: SC tubuh Pusat SRI, tingkat kefahaman mengenai bon dan sukuk
Sesi bertajuk 'Lead By Example On Sustainability' tersebut dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) Tengku Zarina Tengku Chik.
Tambah Tengku Zatashah, ekonomi linear yang mana sumber digunakan dan dibuang bukan lagi merupakan cara yang paling cekap untuk menguruskan sisa buangan.
Beliau berkata syarikat-syarikat perlu beralih kepada 'circular economy' yang antara lain memberi tumpuan untuk mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula bahan mentah.
Beliau mengakui bahawa langkah ini memerlukan perubahan minda dan budaya khususnya dalam kalangan pengurus pada peringkat kepimpinan dan ahli lembaga pengarah.
“Banyak syarikat di luar sana yang mengambil inisiatif untuk mengitar semula dan memastikan kemampanan alam sekitar terjaga.
“Jenama kosmetik menggunakan “non virgin plastic” bermaksud plastik yang boleh dikitar semula dan diguna semula. Pada akhirnya, ini juga merupakan satu idea kelestarian alam sekitar.
“Ia sangat penting supaya usaha ini didokong pengurus pada peringkat kepimpinan dan diturunkan kepada pekerjanya untuk benar-benar memahami makna kelestarian,” katanya.
Isabelle Leong
Tue Aug 25 2020
Tengku Zatashah (kiri) dalam sesi khas pada Persidangan Maya Pusat SRI 2020 di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara yang dikendalikan CEO SIDC Tengku Zarina Tengku Chik (kanan).
Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata ini bagi mengurangkan kebergantungan import sumber makanan industri ternakan yang selama ini menyumbang kepada faktor kos pengeluaran dan harga bekalan tinggi di pasaran.
Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaksanaan dasar itu akan mengambil kira aspek kehidupan seharian dan tanggungjawab umat manusia kepada alam semesta.
Pelbagai lapisan masyarakat sertai perarakan
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di bandar Mukah disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik, Transformers daripada peminat
Dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.
Kes 1MDB: Pengambilalihan pengeluar tenaga bebas bukan idea Najib - Pembelaan
Pengambilalihan IPP bukanlah idea Najib beliau mengambil masa yang agak lama untuk memberi kelulusan selepas ia dicadangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
Hasil kajian berkaitan GISBH dikemukakan kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS
MAIS mengarahkan semua hasil kajian dan perbincangan berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dan rangkaiannya dibentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
Banjir: Fadhlina minta ibu bapa pantau pergerakan anak
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan ibu bapa supaya memantau keselamatan anak-anak susulan banjir di beberapa kawasan termasuk Nibong Tebal.
China mahu bina kilang, mahu produk ada logo halal JAKIM - Ahmad Zahid
Terdapat cadangan daripada beberapa negara untuk menempatkan kilang di Malaysia, bertujuan mendapatkan sijil halal JAKIM sebelum produk terbabit dieksport.
Wanita maut jatuh dalam lubang saluran air ketika mendaki
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air ketika menyertai aktiviti mendaki di bukit Cherok Tok Kun.
SDG30: Pencapaian Malaysia menggalakkan, tak bermaksud boleh berpuas hati – PM Anwar
Laporan penilaian SDG menunjukkan Malaysia mencapai 43 peratus pelaksanaan, berbanding pencapaian purata negara lain iaitu 17 peratus.
Kos lebih murah, jika lebih banyak syarikat lestarikan alam sekitar - Tengku Zatashah
Pengasas #saynotoplastic, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah berpendapat inisiatif untuk menjaga kemapanan alam sekitar juga merupakan usaha yang membawakan kebaikan untuk syarikat.