KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holdings Bhd mengalami kerugian bersih sebanyak RM178.71 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 berbanding keuntungan bersih RM125.35 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya selepas diheret oleh kos input yang tinggi daripada gula mentah, gas asli dan ringgit yang agak lemah.
Pengeluar gula bertapis dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu berkata pendapatan bagaimanapun meningkat kepada RM2.57 bilion pada tahun kewangan 2022 daripada RM2.26 bilion berikutan peningkatan dalam purata harga jualan keseluruhan.
Bagi suku keempat berakhir 31 Dis 2022, MSM menyaksikan kerugian bersihnya melebar kepada RM44.16 juta daripada RM16.16 juta, manakala hasil menokok kepada RM677.74 juta berbanding RM642.02 juta sebelumnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syed Feizal Syed Mohammad ketika mengulas mengenai prestasi suku keempat tahun kewangan 2022 berkata jumlah jualan merosot empat peratus berbanding suku keempat tahun kewangan.
"Walaupun jumlah borong menokok sebanyak 18 peratus sejajar dengan permintaan yang lebih tinggi, dan jumlah industri naik sebanyak tujuh peratus, jualan eksport MSM telah menurun 41 peratus disebabkan tumpuan yang diberikan kepada pesanan domestik bagi mengatasi kekurangan gula tempatan," katanya dalam kenyataan berasingan kepada bursa itu.
Beliau berkata sejak 10 tahun lepas, kilang penapisan gula telah beroperasi tanpa subsidi dan hanya menerima kenaikan harga yang agak kecil iaitu sebanyak satu sen sekilogram dan harga terkawal semasa RM2.85 sekilogram adalah jauh lebih rendah daripada di Thailand (RM3.50 sekilogram) termasuk di negara-negara Asia lain dengan harga runcit antara RM4.50 sekilogram hingga RM6.50 sekilogram.
"Sebagai industri bersama, kami telah berhubung dengan kerajaan sejak Mei 2021 untuk mendapatkan sokongan dalam cadangan semakan harga baharu atau subsidi, kami juga bersedia untuk beroperasi secara harga terapung tetapi meminta campur tangan tertunggak daripada kerajaan," katanya.
Melangkah ke hadapan, MSM walaupun menjangkakan kos input yang tinggi akan terus menghalang peningkatan prestasi kewangannya, kumpulan akan kekal fokus untuk meningkatkan harga jualan purata dan mencapai kos penapisan yang lebih rendah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023
MSM berkata pendapatan meningkat kepada RM2.57 bilion pada tahun kewangan 2022 daripada RM2.26 bilion berikutan peningkatan dalam purata harga jualan keseluruhan. - Dagang News
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Kos input yang tinggi heret MSM ke arah kerugian pada tahun kewangan 2022
MSM Malaysia Holdings Bhd mengalami kerugian bersih sebanyak RM178.71 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.