JOHOR BAHRU: Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) yang menjalankan aktiviti utama berkelompok buah tandan segar (BTS) menerusi 65 pusat timbang di seluruh negara telah mencapai jumlah jualan sebanyak 82,612.37 tan setakat 31 Mac lepas.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata inisiatif itu bertujuan meningkatkan produktiviti tanaman sawit dan pendapatan pekebun kecil menerusi pelaksanaan Amalan Pertanian Baik (GAP).
"Kerajaan telah menubuhkan KPSM untuk membantu mengurangkan kos pengangkutan, mendapatkan harga pasaran BTS lebih tinggi dan menggalakkan penjanaan pendapatan serta pengagihan dividen kepada ahli-ahlinya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kementerian melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang giat berusaha meneruskan aktiviti Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) di seluruh negara melalui program latihan, taklimat dan promosi bagi sektor pekebun kecil sekali gus meringankan beban mereka.
Kementerian turut menyediakan bantuan seperti Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe), Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS), selain Program Tanaman Kontan B40 Pekebun Kecil Sawit (TKB40).
"Sehingga 31 Mac lalu, jumlah keluasan kebun yang diusahakan pekebun kecil persendirian di Johor adalah 159,487 hektar. Daripada jumlah itu, 44,824 pekebun kecil yang mengusahakan keluasan 118,092 hektar sudah memperoleh MSPO bersamaan 74 peratus daripada keluasan kawasan tanaman sawit.
"Dengan adanya pelbagai insentif disediakan oleh kementerian yang memberi tumpuan kepada pembangunan pekebun kecil tanaman sawit, ia dijangka menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kualiti pengeluaran hasil sawit serta pendapatan pekebun kecil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022
Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata inisiatif itu bertujuan meningkatkan produktiviti tanaman sawit dan pendapatan pekebun kecil menerusi pelaksanaan Amalan Pertanian Baik (GAP).- Facebook Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil Chiang Mai
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
Koperasi penanam sawit mampan capai jualan lebih 80,000 tan - Wee
Inisiatif itu bertujuan meningkatkan produktiviti tanaman sawit dan pendapatan pekebun kecil menerusi pelaksanaan Amalan Pertanian Baik (GAP).