KUALA LUMPUR: Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad mengumumkan agihan dividen sebanyak 10 peratus bersamaan RM9 juta kepada 448,782 anggota koperasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 berbanding RM6.5 juta bagi tahun kewangan 2022.
Pengerusi Lembaga Koop Sahabat, Mohd Najib Mohd Noor berkata, pengumuman dividen sebanyak 10 peratus itu adalah bagi tahun ketiga berturut-turut dan merupakan kadar tertinggi pernah dicatatkan sejak penubuhanya pada Ogos 2012.
"Agihan dividen itu adalah hasil dari keuntungan bersih semasa yang dicatat oleh Koop Sahabat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 tidak termasuk pemotongan zakat sebanyak 2.5 peratus.
"Koop Sahabat juga telah mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM15.48 juta, melonjak 20 peratus berbanding RM12.93 juta pada tahun 2022.
"Koop Sahabat mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan peningkatan yang signifikan perolehan pada tahun 2023 berjumlah RM78.50 juta berbanding RM58.81 juta pada tahun sebelumnya hasil daripada peningkatan perniagaan melalui aktiviti perkhidmatan kewangan menyumbang sebanyak RM 27.65 juta, manakala melalui aktiviti pembangunan dan pelaburan hartanah menyumbang sebanyak RM 20.45 juta, manakala aktiviti peruncitan dalam pembekalan ayam dan daging beku sebanyak RM 16.26 juta," katanya.
Pengumuman itu dibuat sempena Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali ke -11.
Mohd Najib berkata, usaha itu merupakan komitmen Koop Sahabat dalam menjaga kebajikan anggotanya yang merupakan usahawan wanita dalam kalangan B40 di samping memberi keyakinan yang kukuh kepada para anggota.
"Koop Sahabat telah berjaya mencapai dua daripada empat sasaran yang ditetapkan menerusi Pelan Strategik 2020 – 2024, di mana sasaran untuk mendapatkan kedudukan dalam sepuluh Koperasi terbaik Malaysia serta mengagihkan dividen pada kadar 10 peratus kepada anggota telah tercapai," jelasnya.
Bersempena MAPT juga, Koop Sahabat melancarkan versi baharu aplikasi Sahabat Super App, di mana ia menambah baik fungsi aplikasi tersebut dengan menampilkan reka bentuk yang lebih menarik serta integrasi aplikasi pembayaran pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia di dalam aplikasi itu.
Ciri-ciri aplikasi itu juga akan menyediakan platform e-dagang bagi memperkasakan perniagaan para anggota.
Perniagaan Koop Sahabat kini meliputi perniagaan dalam Perkhidmatan Kewangan seperti Ar Rahnu, pembangunan hartanah, pelaburan korporat, pelaburan strategik serta pelaburan di dalam ekuiti awam.
Mohd Najib berkata Koop sahabat juga mengadakan jalinan usaha sama bersama Ikhlas Com Travel Sdn Bhd yang menawarkan pakej umrah mampu milik ke Makkah dan Madinah.
Menurutnya, Koop Sahabat turut berkolaborasi bersama DCAP Digital Sdn. Bhd., yang merupakan sebuah platform teknologi kewangan AI (AI INTECH) yang akan menyediakan platform pembiayaan lestari Koop Sahabat bagi pembelian motosikal.
"Koop Sahabat menyediakan dana sebanyak RM5 Juta untuk pembiayaan Lestari dan boleh dimohon bermula Ogos nanti bersempena dengan ulang tahun ke-12 Koop Sahabat," katanya.
Koop Sahabat mempunyai lebih 45,000 anggota dan telah diiktiraf sebagai koperasi ke-3 terbaik di Malaysia pada 2023 serta berada di kedudukan 10 terbaik di Malaysia selama lima tahun berturut-turut.
Astro Awani
Sun Jun 30 2024
Mohd Najib (dua dari kiri) berkata, pengumuman dividen sebanyak 10 peratus itu adalah bagi tahun ketiga berturut-turut dan merupakan kadar tertinggi pernah dicatatkan sejak penubuhanya pada Ogos 2012. - Gambar Koop Sahabat
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PKS tempatan rekod RM400 juta jualan e-dagang
Selain itu Lebih 30,000 MSMEs menyertai platform e-dagang di bawah kempen E-Dagang MSMEs PENJANA yang dilaksanakan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).