KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur International Airport (KLIA) berjaya meraih kedudukan terbaik dalam tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) bagi suku keempat 2021 yang dijalankan oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).
Pencapaian itu diraih bersama sembilan lapangan terbang antarabangsa lain dalam kategori lebih 40 juta penumpang setahun yang mencapai skor atau markah penuh 5.00 dalam tinjauan global tersebut, demikian menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Pengarah Urusan MAHB Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata KLIA juga secara konsisten telah meraih skor penuh 5.00 bagi elemen 'berasa selamat dan terjamin' ASQ bagi 2021.
"Keadaan bertenang sebelum ini (susulan pandemik) telah membolehkan kami melaksanakan banyak penambahbaikan dan skor ASQ yang sempurna itu hanya mengesahkan lagi usaha yang dilakukan oleh keseluruhan komuniti lapangan terbang ini.
"Malah, pencapaian untuk berada dalam kelompok lapangan terbang global terbaik merupakan satu pengiktirafan untuk negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Keputusan tinjauan ASQ itu diumumkan oleh ACI baru-baru ini yang bertanggungjawab menanda aras lapangan terbang terbaik dunia dari segi kepuasan penumpang secara menyeluruh terhadap keselamatan, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan terminal.
Iskandar berkata prospek industri penerbangan Malaysia juga kekal positif termasuk perkembangan pada Januari lepas melibatkan kehadiran sebuah syarikat penerbangan baharu serta penambahan beberapa laluan penerbangan baharu.
MAHB telah mengalu-alukan penerbangan sulung oleh SKS Airways di landasan pendek (STOL) Pangkor dan Redang dan kedua-dua lokasi itu menerima penerbangan harian menggunakan pesawat jenis Twin Otter dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
Selain itu, empat laluan penerbangan baharu itu telah diperkenalkan oleh AirAsia pada bulan sama bagi meningkatkan kesalinghubungan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur.
Laluan tersebut adalah Kuching - Langkawi, Pulau Pinang - Sibu, Johor Bahru - Bintulu serta Kota Kinabalu - Kuala Terengganu.
Menurut Iskandar, oleh kerana perjalanan antarabangsa masih berdepan sekatan, prestasi aliran trafik penumpang kumpulan berkenaan dipacu oleh pergerakan domestik.
"Bagi Malaysia, aliran domestik tersebut mencatatkan sebanyak 2.5 juta penumpang pada bulan lepas iaitu 90 peratus daripada keseluruhan pergerakan penumpang di negara ini," katanya.
Pada Januari lepas, sebanyak 8,700 pergerakan membabitkan jumlah purata penumpang harian dicatatkan -- meningkat dua kali ganda berbanding November 2021 namun lebih rendah berbanding Disember 2021 dengan purata 2,000 penumpang harian.
Beliau berkata, Disember juga secara konsisten kekal sebagai bulan kemuncak dengan pergerakan penumpang tertinggi dalam setahun, prapandemik serta ketika tempoh pandemik COVID-19.
Penyambungan semula operasi jualan tiket bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin pada akhir bulan lepas serta perjalanan umrah pada 8 Februari lepas turut menjadi perkembangan positif dalam pemulihan perjalanan antarabangsa.
Pengendali lapangan terbang itu mencatatkan sejumlah 4.7 juta penumpang pada Januari 2022 bagi kedua-dua operasi di Malaysia dan Turki, penyusutan sebanyak 11 peratus berbanding bulan sebelumnya sebanyak 5.3 juta penumpang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 17 2022
KLIA juga secara konsisten telah meraih skor penuh 5.00 bagi elemen 'berasa selamat dan terjamin' ASQ bagi 2021. - Bernama
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
Petugas AeroDarat didakwa kasari penumpang NTL di KLIA digantung tugas
Tindakan itu bagi memberi laluan kepada ADS untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.
Pegawai Imigresen tidak terlibat insiden warga asing dikasari di KLIA Terminal 1
Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan insiden pengembara warga asing dikasari di Terminal 1 KLIA tidak melibatkan pegawai daripada jabatan berkenaan.
Penggunaan sistem 'autogate' di KLIA tak kompromi keselamatan - Saifuddin
Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk Malaysia yang diperluaskan kepada pengembara dari 63 buah negara tidak kompromi keselamatan.
Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menteri Dalam Negeri ditanya mengenai inisiatif dan langkah yang telah dan akan dilaksanakan bagi menangani kesesakan di BSI dan KLIA.
Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan
Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.
Kastam rampas rokok putih bernilai hampir RM5 juta disyaki rokok seludup
Jabatan Kastam merampas 5.82 juta batang rokok putih bernilai hampir RM4.48 juta disyaki rokok seludup pada September dan Oktober lepas.
Pembantu penguasa kastam dituduh terima RM900, lepaskan ubat penumpang di KLIA
Seorang Pembantu Penguasa JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan menerima ganjaran berjumlah RM900 bagi melepaskan ubatan penumpang warga Bangladesh.
Keldai dadah bawa syabu RM800,000 ditahan di KKIA
Polis merampas syabu seberat 24.5 kilogram bernilai RM800,000 selepas menahan seorang keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Pegawai, anggota Imigresen perlu amal sikap amanah, taat setia - Zakaria
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban hari ini mengingatkan pegawai dan anggota penguat kuasa jabatan itu supaya sentiasa mengamalkan sikap amanah dan taat setia.