Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dengan kerjasama Yayasan Kemajuan Islam Nasional (Yakin) merancang untuk membuka 400 Halal Mart di seluruh negara secara berperingkat dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini.
Presiden Kimma Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata setakat ini sebanyak tiga Halal Mart telah dibuka di Selangor masing-masing satu di Bangi dan dua di Kajang kira-kira dua minggu lepas.
Beliau berkata Halal Mart berkenaan akan memasarkan pelbagai produk dan barangan Halal keluaran Bumiputera yang dijual pada harga murah.
"Kita menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat di Selangor apabila tiga Halal Mart yang baharu ini dibuka dan pada tahun ini sahaja kita sasar untuk buka 70 premis Halal Mart di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor secara berperingkat.
"Semua barangan yang dijual akan dibekalkan Yakin Konsortium kepada semua cawangan yang ada bagi memastikan produk atau barangan yang dijual menepati kualiti yang telah ditetapkan," katanya kepada Majlis Makan Malam Kimma Bersama Pemimpin di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata, golongan belia berusia 40 tahun ke bawah di negara ini terutamanya Bumiputera dan India Muslim digalakkan untuk memohon dana berjumlah kira-kira RM350,000 melalui Majlis Amanah Rakyat dan Pemodalan Usahawan Nasional Berhad untuk membuka francais kedai berkenaan.
Kimma dan Yakin, katanya, akan memantau perkembangan setiap usahawan yang melibatkan diri dalam pembukaan francais berkenaan sehingga berjaya.
Beliau berkata sebuah gudang jualan produk Bumiputera dan Halal juga telah dibuka di Kajang untuk bekalan kepada peniaga pada harga yang murah.
Menurutnya pembukaan Halal Mart dan gudang berkenaan bertujuan meringankan beban rakyat untuk mendapatkan barangan dan keperluan harian pada harga yang berpatutan serta membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan terutamanya golongan Bumiputera.
Bernama
Sun Feb 28 2016

SYED IBRAHIM: Halal Mart akan memasarkan pelbagai produk dan barangan Halal keluaran Bumiputera yang dijual pada harga murah. - Gambar Fail

Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM15 dan RM22
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Muhammad Hafiz rangkul gelaran antarabangsa pertama di Dubai
Muhammad Hafiz mendahului kedudukan selepas lapan permainan dengan melakukan 1,744 jatuhan pin di Pusat Boling Antarabangsa Dubai, Al Mamzar.

Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang
Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000.

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

Bangkai paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
Bangkai itu dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Kimma rancang buka 400 Halal Mart dalam tempoh lima tahun
Presiden Kimma Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata setakat ini sebanyak tiga Halal Mart telah dibuka di Selangor masing-masing satu di Bangi dan dua di Kajang.