KUALA LUMPUR: Rhone Ma Holdings Bhd melancarkan secara rasmi kilang baharu bernilai RM40 juta di Nilai Utama Enterprise Park, Nilai, Negeri Sembilan.
Pengarah Urusan Kumpulan Rhone Ma, Dr Lim Ban Keong berkata, kilang itu adalah sebahagian daripada rancangan pengembangan perniagaan Kumpulan untuk penyediaan penyelesaian kesihatan haiwan hujung ke hujung khususnya dalam usahanya untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran produk kesihatan haiwan jenama sendiri terutamanya dalam farmaseutikal dan bahan tambahan makanan.
Ujarnya, fasiliti baharu itu dijangka meningkatkan kapasiti pengeluaran maksimum Kumpulan sebanyak kira-kira empat kali ganda kapasiti pengeluaran maksimum sedia ada atau kira-kira 2,500 MT setahun.
"Pada masa ini, kilang baharu yang mula beroperasi pada April 2021 beroperasi pada kapasiti lebih 35%, kumpulan menjangkakan bahawa loji itu akan mencapai kapasiti maksimum pada 2023.
"Dengan kilang baharu beroperasi sepenuhnya, kami kini dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk produk jenama kami sendiri daripada pelanggan kami yang terus berkembang.
"Ini, digabungkan dengan lokasi strategik kami, pasti akan mengukuhkan kehadiran Rhone Ma dan meningkatkan lagi kedudukan kami sebagai salah satu pemain utama kesihatan dan pemakanan haiwan di Malaysia dan di seluruh rantau Asia Tenggara,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Selain daripada pasaran domestik, produk kesihatan haiwan jenamanya juga dieksport ke Thailand, Indonesia, Filipina, Brunei dan Myanmar.
"Penerimaan produk jenama sendiri di luar negara menunjukkan bahawa jenama Malaysia juga mempunyai kualiti yang luar biasa dan boleh berdiri teguh dengan jenama global yang lain,” jelasnya lagi.
Thailand ialah pasaran eksport terbesar Kumpulan, menyumbang kira-kira 48% kepada hasil pasaran eksport Kumpulan pada 2021.
Rhone Ma ialah sebuah syarikat pemegangan pelaburan dan terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan. Melalui anak syarikatnya, Rhone Ma terlibat dalam penyediaan penyelesaian kesihatan haiwan hujung ke hujung dan pengedaran serta pembekalan bahan makanan.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Tue Jan 25 2022
Dr Lim (dua kanan) ketika majlis perasmian kilang baharu bernilai RM40 juta di Nilai Utama Enterprise Park. - Foto DagangNews.com
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
AWANI Borneo [17/09/2024] - Kurangkan kebergantungan import | Model kepimpinan Rasulullah | Promosi identiti budaya Melayu
Tumpuan Awani Borneo 17 September 2024 bersama Pia Ernadya;
1. Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak bagi kurangkan kebergantungan import
2. Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
3. Nuansa Seni tingkat martabat busana Melayu tradisional
1. Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak bagi kurangkan kebergantungan import
2. Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
3. Nuansa Seni tingkat martabat busana Melayu tradisional
Program Madani Sarawak dijangka tarik 100,000 pengunjung
Penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR) Sarawakku Sayang di Miri pada 27 hingga 29 Sept ini dijangka menarik kira-kira 100,000 pengunjung melalui pelbagai program dianjurkan.
Nuansa Seni edisi ke-5 tingkat martabat busana Melayu tradisional
Penganjur nuansa seni volume 5 Festival Gemilang Seni dan Budaya Sarawak, Dr Sharifah Suzana Wan Shukran berkata keistimewaan konsep pakaian cara melayu dibuktikan dengan wujudnya ciri reka bentuk pakaian tradisional melayu yang diterima sebagai antara identiti budaya Melayu.
Penduduk Kampung Sim-Sim perkukuh perpaduan menerusi Karnival Hari Malaysia
Karnival Kampung Sim-Sim diadakan sempena Hari Malaysia bertujuan mengukuhkan tali silaturrahim antara penduduk.
Kerajan alu-alukan inisiatif baharu stabilkan harga barang
Usaha untuk menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan serta bersifat mampu milik akan sentiasa menjadi usaha berterusan Kerajaan, selaras dengan tonggak utama Kerajaan MADANI dalam memelihara kesejahteraan rakyat.
Polis tidak cadang haram perhimpunan RXZ - Pengarah JSPT
Polis tidak bercadang untuk mengharamkan program perhimpunan We Are RXZ, sebaliknya mahu pihak penganjur mematuhi prosedur semasa.
Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata ini bagi mengurangkan kebergantungan import sumber makanan industri ternakan yang selama ini menyumbang kepada faktor kos pengeluaran dan harga bekalan tinggi di pasaran.
Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaksanaan dasar itu akan mengambil kira aspek kehidupan seharian dan tanggungjawab umat manusia kepada alam semesta.
Pelbagai lapisan masyarakat sertai perarakan
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di bandar Mukah disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam.
Kilang baharu Rhone Ma bernilai RM40 juta tingkat kapasiti pengeluaran sehingga 4x ganda
Selain daripada pasaran domestik, produk kesihatan haiwan jenamanya juga dieksport ke Thailand, Indonesia, Filipina, Brunei dan Myanmar.