Lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk merancang dan mempromosi instrumen kewangan Islam yang boleh mengurus risiko.
Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah bertitah demikian memandangkan rangka kerja undang-undang instrumen kewangan Islam perlu bertindak balas dengan persekitaran yang semakin berubah.
Baginda bertitah, Malaysia diakui antara pasaran utama untuk kewangan Islam. Bagaimanapun, ia tidak bermakna Malaysia boleh terus selesa dengan pengiktirafan itu.
Sebaliknya baginda bertitah, instrumen kewangan Islam perlu dipertingkat. Raja Dr Nazrin juga yakin masa depan kewangan Islam lebih cerah, pasca krisis kewangan global yang melanda pada 2008.
Ini berdasarkan hakikat kewangan Islam menawarkan alternatif kepada kaedah kewangan konvensional.
Ia juga membantu meningkatkan jumlah pelabur yang mencari ruang bagi perniagaan yang kurang berisiko.
Raja Dr Nazrin Shah bertitah demikian ketika melancarkan buku 'Introduction to Islamic and Conventional Corporate Finance'.
Buku tersebut, yang diterbitkan Thompson Reuters, adalah hasil tulisan tujuh pakar undang-undang dan kewangan Islam.
Karya tersebut antara lain mengetenhkan pelbagai kaedah untuk sesebuah syarikat meningkatkan modal, sama ada daripada segi konvensional dan Islam.
Astro Awani
Fri Jan 18 2013
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan meyakinkan malam ini
Empat peserta akan mempertaruhkan kombinasi lagu, dinamika persembahan dan interaksi memukau demi memikat hati juri.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
KDN cadang RUU tahanan rumah untuk individu direman
Insiden buli UPNM, suspek tekap sterika didakwa hari ini
#AWANInews #AWANIpagi
Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
KDN cadang RUU tahanan rumah untuk individu direman
Insiden buli UPNM, suspek tekap sterika didakwa hari ini
#AWANInews #AWANIpagi
ACL2: Muangthong United berpesta jaringan ke atas Cebu
Poramet Arjivirai paling menyerlah dengan jaringan hatrik, sambil Felicio Brown Forbes dan Kakana Khamyok turut hasilkan jaringan berganda.
Terlanggar cermin sisi kereta, penunggang motosikal maut digilis lori
Motosikal yang ditunggang seorang lelaki melalui lorong tengah menghala ke Johor Bahru telah terlanggar cermin sisi sebuah kereta di lorong kanan.
Dua beranak maut ditikam: 'Suspek bukan kekasih mangsa' - Keluarga
Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, suspek bukan kekasih mangsa seperti yang ditular di media sosial.
Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Asia Barat, tekan Hamas - Pakar
Presiden Terpilih AS, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Asia Barat.
Perancis tuntut penjelasan PSG terkait sepanduk pro-Palestin
Perancis pada Khamis menuntut penjelasan daripada Paris Saint-Germain (PSG), kelab bolasepak terkemuka negara itu, berikutan paparan sepanduk pro-Palestin yang dianggap "tidak boleh diterima", oleh para penyokong semasa perlawanan.
Menteri Dalam Negeri Bruno Retailleau dalam kenyataan di X berkata, beliau meminta
PSG memberikan penjelasan dan kelab-kelab supaya memastikan politik tidak merosakkan sukan, yang sepatutnya menjadi sumber penyatuan.
Menteri Dalam Negeri Bruno Retailleau dalam kenyataan di X berkata, beliau meminta
PSG memberikan penjelasan dan kelab-kelab supaya memastikan politik tidak merosakkan sukan, yang sepatutnya menjadi sumber penyatuan.
Gunung Marapi meletus lagi, penduduk diminta berwaspada
Gunung Marapi di Sumatera Barat kembali mletus dan menghamburkan debu dan batu panas sekitar 800 meter dari puncaknya sejak semalam.
Salji pertama landa wilayah Al-Jawf, Arab Saudi
Wilayah Al-Jawf di Arab Saudi mengalami salji pertama, sekali gus menukar landskap gurun gersang kepada 'kawasan ajaib' musim sejuk.
Fenomena luar biasa itu berlaku selepas hujan lebat berterusan dan hujan batu yang melanda seluruh negara teluk itu.
Fenomena luar biasa itu berlaku selepas hujan lebat berterusan dan hujan batu yang melanda seluruh negara teluk itu.
SIRIM lancar inisiatif perkasa amalan ESG dalam industri
SIRIM Berhad (SIRIM) hari ini melancarkan 'SIRIM ESG Holistic Ecosystem', satu inisiatif yang bertujuan menyokong dan mempercepat amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan industri Malaysia.
'Kewangan Islam mengurus risiko perlu dipromosi'
Lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk merancang dan mempromosi instrumen kewangan Islam yang boleh mengurus risiko.