KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Sunway Bhd (Sunway) bagi suku ketiga naik 126 peratus kepada RM164.72 juta berbanding tahun sebelumnya, disokong oleh sumbangan lebih kukuh daripada kebanyakan segmen perniagaan.
Perolehan meningkat 48.3 peratus kepada RM1.27 bilion berbanding RM856.92 juta sebelumnya, disumbangkan oleh perolehan lebih tinggi yang direkodkan daripada semua segmen perniagaan.
"Segmen pelaburan hartanah, pembinaan, perdagangan, pembuatan dan penjagaan kesihatan menyumbang dengan ketara kepada peningkatan prestasi kumpulan.
"Bagaimanapun, sumbangan keuntungan yang lebih rendah dicatatkan dalam pembangunan hartanah dan segmen lain," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Sunway Chong Chang Choong berkata prestasi kewangan kumpulan yang kukuh itu adalah disebabkan oleh pemulihan ekonomi yang teguh pasca pandemik dan daripada asas pertumbuhan ekonomi negatif rendah pada tahun sebelumnya.
"Tinjauan ekonomi domestik yang bertambah baik memberi petanda baik untuk Sunway. Berdasarkan jangkaan pengembaraan antarabangsa kepada kepada paras normal, kumpulan itu menjangkakan segmen rekreasi, hospitaliti dan penjagaan kesihatannya mendapat manfaat daripada sektor pelancongan yang semakin baik," katanya.
Chong berkata mengetatkan lagi dasar monetari baru-baru ini yang dilaksanakan oleh bank pusat mungkin menjejaskan sentimen pembeli rumah tetapi kesannya akan dikurangkan oleh pemulihan ekonomi yang berterusan.
"Tanpa mengambil kira sebarang keadaan yang tidak dijangka, kumpulan itu yakin prestasi kewangannya bagi tahun kewangan 2022 akan kekal berada pada tahap memuaskan," katanya.
Sunway berkata selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 15, keuntungan pembangunan daripada dua projek pembangunan hartanahnya yang sedang berjalan di Singapura hanya akan diiktiraf selepas projek itu dijangka siap dan diserahkan pada tahun kewangan 2023.
"Keuntungan terkumpul projek-projek ini berjumlah RM101.7 juta, di mana RM14.2 juta direkodkan pada suku semasa tetapi tidak diiktiraf," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2022
Perolehan meningkat 48.3 peratus kepada RM1.27 bilion berbanding RM856.92 juta sebelumnya, disumbangkan oleh perolehan lebih tinggi yang direkodkan daripada semua segmen perniagaan.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Mahkamah arah Tokio Marine beri jawapan kepada tawaran terbaik RHB dalam tempoh 14 hari
Tokio Marine masih mempunyai hak penolakan pertama di bawah perjanjian pengaturan bankasurans 10 tahun dengan RHB, yang akan tamat pada 31 Disember 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.
Kehakiman interim: Bursa tarik balik penggantungan saham Sarawak Cable sambil dapatkan penjelasan mahkamah
Saham syarikat itu digantung daripada dagangan pada Selasa, dan bursa membenarkan saham itu disambung semula dagangan pada 21 November 2024.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.
Bursa Malaysia akhiri kenaikan awal untuk ditutup tidak menentu
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.