KUALA LUMPUR: Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatat keuntungan bersih lebih rendah pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 (TK22) kepada RM6.32 bilion daripada RM7.35 bilion pada tahun sebelumnya susulan penurunan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA).
Prestasi itu itu turut dijejaskan oleh penyusutan bahagian keuntungan daripada usaha sama serta entiti sekutu, kata PCG dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis.
Pengeluar bahan kimia bersepadu itu berkata EBITDA susut sebanyak RM198 juta atau dua peratus kepada RM8.1 bilion yang disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan operasi.
Perolehan hasilnya bagaimanapun melonjak 26 peratus kepada RM28.95 bilion daripada RM23.03 bilion sebelumnya, berikutan peningkatan harga produk, penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) serta sumbangan hasil Perstorp Holding AB susulan pengambilalihannya pada Oktober 2022.
Pendapatan asas sesaham (EPS) berada pada 79 sen berbanding 92 sen dalam tahun sebelumnya.
Bagi suku keempat tahun kewangan 2022, keuntungan bersih PCG merosot kepada RM481 juta daripada RM2.06 bilion setahun sebelumnya manakala hasil meningkat kepada RM8.7 bilion berbanding RM6.98 bilion sebelum ini.
Dalam kenyataan berasingan, PCG menyifatkan peningkatan hasil pada suku keempat TK22 itu disumbangkan oleh prestasi jumlah jualan yang lebih baik, pengukuhan ringgit berbanding dolar AS dan pertambahan sumbangan hasil daripada segmen khusus.
Asas EPS mencatatkan enam sen bagi suku terbabit berbanding 26 sen dalam setahun lepas, katanya.
Kumpulan itu telah mengumumkan pembayaran dividen interim kedua sebanyak 16 sen sesaham berjumlah RM1.3 bilion (TK21: 23 sen sesaham berjumlah RM1.84 bilion) yang akan dibayar pada 23 Mac 2023.
Sementara itu, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PCG Mohd Yusri Mohamed Yusof menyifatkan pengambilalihan Perstop yang selesai sebagai satu pencapaian bermakna bagi kumpulan berkenaan.
Beliau berkata, pewujudan segmen khusus merangkumi Perstorp dan BRB kini membolehkan syarikat menyertai dalam pasaran pesat berkembang seperti cat dan salutan, penjagaan peribadi dan pemakanan haiwa dengan tawaran produk lebih meluas serta penyelesaian lestari yang sejajar dengan rancangan memacu pertumbuhan dan usaha penyahkarbonan.
"Bagi operasi Malaysia, kami telah meraih pengeluaran dan jumlah jualan lebih tinggi apabila kata penggunaan kilang dalam suku keempat 2022 mencecah 100 peratus daripada 97 peratus dalam suku ketiga 2022.
"Namun, margin menguncup dalam suku terbabit berikutan penurunan harga semua produk akibat penyusutan permintaan global dan kos operasi yang tinggi hanya menambah tekanan itu," katanya.
Mohd Yusri berkata walaupun dalam persekitaran pasaran yang tidak menentu, PCG berjaya meraih pendapatan bersih tahun penuh lebih baik yang boleh diagihkan kepada para pemegang sahamnya.
Mengulas keadaan pasaran, beliau berkata tindakan China membuka semula negara itu serta kelonggaran dasar sifar COVID-19, dilihat sebagai positif bagi sektor bahan kimia, khususnya bagi polimer dan olefins yang pulih sedikit dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Namun, katanya, kumpulan PCG kekal berhati-hati susulan perubahan dinamik dalam geopolitik serta iklim yang boleh menjejaskan ekonomi global.
"Harga produk petrokimia akan terus tidak menentu. Sebagai contoh, harga urea telah susut secara ketara walaupun dalam keadaan konflik Rusia-Ukraine yang berterusan.
"Kami juga menjangkakan tempoh separuh pertama 2023 kekal mencabar susulan permintaan yang lebih perlahan dan kenaikan kos akibat inflasi, terutama bagi perniagaan kami di Eropah dan AS," katanya.
Bagi usaha kelestarian kumpulan, Mohd Yusri berkata PCG telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan sehingga 100,000 tan karbon dioksida (tCO2e) setara pelepasan gas rumah hijau bagi operasinya di Malaysia menjelang 2024.
"Usaha menerusi inisiatif pengoptimuman operasi, kami dapat mencapai jumlah pengurangan bagi pelepasan Skop 1 dan Skop 2 kira-kira 108,000 tCO2e pada akhir 2022 -- lebih awal daripada yang dirancang.
"Bagi masa depan, kami berhasrat untuk memanfaatkan Projek Udara Perstorp iaitu pendekatan inovatif melibatkan teknologi penangkapan karbon untuk penghasilan metanol mampan.
"Ini dapat membantu kami dari segi merealisasikan aspirasi (pelepasan) sifar bersih menjelang 2050," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023

Harga produk petrokimia akan terus tidak menentu. - Foto fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Keuntungan bersih Petronas Chemical susut kepada RM6.32 bilion
Prestasi itu itu turut dijejaskan oleh penyusutan bahagian keuntungan daripada usaha sama serta entiti sekutu.