SIMPANAN biasanya dibuat dengan mengasingkan wang anda dalam akaun simpanan di bank dan jumlah ini boleh digunakan semasa kecemasan atau untuk mencapai matlamat jangka pendek.

Malah, dalam peraturan mengurus kewangan, langkah menyimpan wang simpanan tidak pernah dipertikaikan dan ia suatu tindakan yang baik dan betul.

Selain daripada mempunyai simpanan yang mencukupi, anda juga boleh membina simpanan jangka Panjang untuk pelbagai tujuan.

Namun, tidak ramai yang mempunyai ilmu yang mencukupi untuk melakukannya. 

Salah satu puncanya adalah kerana pendidikan pengurusan wang tidak dilakukan secara formal di peringkat sekolah atau universiti di negara ini. 

Justeru, apabila seseorang memulakan kerjayanya, perancangan kewangan tidak menjadi keutamaan dan akibatnya, ada yang terjeremus dalam bebanan hutang atau kekurangan wang untuk mengekalkan perbelanjaan  bulanan mereka.  
  
Tiga kesalahan lazim yang dilakukan dalam pengurusan kewangan adalah:

1. Tidak memantau perbelanjaan bulanan

Ini kesilapan yang banyak dilakukan kerana lazimnya apabila seseorang itu menerima gaji bulanan, mereka akan terus berbelanja.

Perbelanjaan yang dilakukan mengikut perkiraan tetap adalah penting seperti bil utiliti, telefon, pinjaman rumah atau kereta, namun meemantau setiap perbelanjaan termasuk perbelanjaan luar jangka, juga penting.

Ini bagi memastikan baki wang yang ada cukup untuk simpanan kecemasan.

Jadi, sebelum berbelanja, sentiasa tanyakan diri anda “adakah ini suatu keperluan atau kehendak?”

2. Tidak mempunyai dana kecemasan

Situasi kecemasan adalah di luar kawalan kita. Namun kita boleh merancang untuk berdepan kes kecemasan.

Memiliki simpanan khusus untuk kecemasan akan membolehkan anda berdepan situasi tersebut tanpa perlu mengeluarkan wang simpanan persaraan atau meminjam.

Terdapat peratusan yang biasa digunakan dalam pengurusan kewangan individu iaitu peruntukan bajet 60-20-20 berdasarkan gaji kasar anda.

60 peratus gaji kasar anda digunakan untuk perbelanjaan asas dan harian seperti membayar bil, pinjaman kereta atau rumah, membeli makanan atau barangan runcit, manakala 20 peratus untuk simpanan kecemasan seperti kerosakan kereta atau atap rumah bocor,  dan 20 peratus untuk pelaburan.

Melalui cara ini ia dapat membantu anda mengurus kewangan dengan lebih baik dalam berdepan kes kecemasan.

3.  Tidak melabur untuk persaraan

Anggaran simpanan persaraan ideal yang dikeluarkan oleh KWSP bagi membolehkan seseorang pencarum bujang menampung kehidupan untuk tempoh 20 tahun selepas bersara, adalah RM600,000 iaitu kira-kira RM2,500 sebulan.

Jumlah itu juga sejajar dengan jangkaan tempoh purata jangka hayat di negara ini yang sudah mencecah 80 tahun.

Menurut data terkini KWSP, hanya sebilangan kecil, iaitu 2.6 peratus atau 350,000 pencarum daripada 13.1 juta pencarum berusia 55 tahun dan ke bawah mencapai paras kecukupan simpanan atau paras ideal itu.

Fakta ini amat membimbangkan kerana tanpa simpanan yang mencukupi, seseorang itu tidak mungkin dapat bersara dengan tenang dan selesa. 

Jadi, anda perlu bermula dengan langkah kecil dan secara progresif dalam membina simpanan persaraan anda. Salah satu kunci untuk simpanan persaraan ada adalah melabur seawal yang mungkin. 

Ini kerana, semakin awal anda melabur, semakin tinggi potensi pulangan.

Elak lakukan kesilapan pengurusan kewangan yang boleh menjejaskan masa hadapan anda. Bertindak hari ini.

Ini beberapa sebab mengapa anda perlu mula menyimpan seawal mungkin:

1. Keselamatan jangka panjang

Banyak perkara kita belajar ketika pandemik COVID-19 melanda negara dan salah satunya adalah pentingnya memiliki simpanan yang mencukupi. Situasi ekonomi di masa depan adalah diluar jangkaan.

Faktor seperti kadar inflasi, kos perubatan dan kos sara hidup yang makin meningkat perlu di ambil kira 

Justeru itu, simpanan menjadi satu bentuk jaminan keselamatan jangka panjang.

2. Simpanan adalah satu langkah ke arah mencapai kebebasan kewangan
           

Kebebasan kewangan ini sememangnya bergantung kepada gaya hidup individu.

Contohnya, anda mencapai tahap yang mana anda tidak lagi gusar dengan pembelian makanan yang sedikit mahal kerana anda sudah merancang kewangan sejak peringkat awal.

Ini juga disifatkan sebagai kebebasan kewangan.

Tanpa simpanan, seseorang boleh berasa terperangkap dalam situasi tertentu, jika mereka terlalu bergantung kepada gaji, tetapi dengan simpanan, senarionya sama sekali berbeza kerana dana untuk kecemasan dan luar jangka diasingkan.

3. Menyimpan wang membolehkan anda mengambil risiko dikira

Jika anda menetapkan matlamat simpanan dan menyumbang secara tetap kepada simpanan anda setiap bulan atau pada selang masa yang kerap, anda boleh meneroka pelbagai peluang baharu.

Contohnya: berdagang dalam pasaran saham, memulakan perniagaan baru dan lain-lain.

Oleh itu, simpanan membolehkan anda mengambil risiko yang dikira tanpa terlalu bergantung kepada gaji. Dalam erti kata lain, ia membolehkan anda mempunyai rasa keselamatan kewangan yang lebih tinggi.

4. Simpanan mengurangkan tekanan

Simpanan sememangnya salah satu faktor penting dalam menjalani kehidupan tanpa tekanan. Sekiranya anda mempunyai jumlah simpanan tertentu ia boleh memberikan anda rasa lega dan ketenangan fikiran.

Dengan menyimpan wang secara berdisiplin, matlamat jangka panjang dan jangka pendek anda boleh dicapai, anda boleh merancang pendidikan anak-anak anda, lebih menjaga keluarga anda, membiayai pembelian besar, bersedia untuk kejadian yang tidak diingini dan mengatasi kebanyakan masalah kewangan.

Mulakan perjalanan pengurusan kewangan anda Bersama Principal sekarang!

Principal adalah antara syarikat pengurusan pelaburan yang menawarkan khidmat lengkap untuk anda dengan keupayaan, pengalaman dan penyelesaian patuh Syariah yang meliputi segenap aspek termasuk Unit Amanah, Skim Persaraan Swasta, dan i-Invest KWSP.

1. Principal merupakan peneraju global dalam pengurusan pelaburan dan penyelesaian pelaburan.

2. Di Malaysia, Principal amat komited untuk menawarkan penyelesaian dan produk inovatif untuk membantu pelabur kami mencapai matlamat jangka panjang mereka. Secara keseluruhan, Principal menawarkan lebih dari 70 dana untuk membantu pelabur mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka berdasarkan toleransi risiko dan jangka masa di pasaran.

Perunding kewangan Principal dilatih dari segi kewangan dalam nasihat pelaburan patuh syariah dan konvensional. Mereka yang berminat untuk melabur boleh menghubungi perunding kewangan Principal untuk mendapatkan panduan serta  penyelesaian pelaburan yang sesuai untuk memenuhi matlamat dan keperluan kewangan mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.principal.com.my/en/goal-my.html

Penafian: Maklumat dalam artikel ini telah diperoleh daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, namun, kami tidak mengesahkan atau menjamin ketepatan atau kesahihannya. Ia hanya mengandungi maklumat am berkenaan pelaburan dan tidak boleh dianggap sebagai muktamad. Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini tidak mengambil kira objektif pelaburan, keperluan tertentu atau situasi kewangan mana-mana pelabur. Pelabur harus mempertimbangkan sama ada sesuatu pelaburan itu sesuai dengan objektif pelaburan, keperluan dan situasi kewangan mereka sebelum membuat sebarang keputusan untuk melabur. Data yang dikongsikan adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan sebagai cadangan untuk membeli atau menjual sebarang sekuriti atau menggunakan sebarang strategi pelaburan. Artikel ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai ramalan, penyelidikan atau nasihat pelaburan mengenai pelaburan tertentu atau pasaran secara umum, dan juga tidak bertujuan untuk meramalkan atau menggambarkan prestasi sebarang pelaburan. Semua pendapat dan anggaran dalam artikel ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Artikel ini tidak bertujuan untuk digunakan sebagai ramalan atau jaminan di masa hadapan atau nasihat pelaburan mengenai pelaburan tertentu atau pasaran secara amnya.