KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2023 meningkat kepada RM27.01 juta daripada RM5.25 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
Hasil bagi suku dalam tinjauan menurun kepada RM465.20 juta berbanding RM517.26 juta sebelumnya.
Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perolehan bagi segmen pos susut 16 peratus untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2023, disumbangkan oleh kejatuhan dalam perniagaan kurier berikutan penurunan jumlah keseluruhan bungkusan daripada pelanggan kontrak.
"Selain itu, pemain e-dagang utama telah memanfaatkan keupayaan penghantaran sumber mereka manakala pemain antarabangsa meneruskan strategi penembusan untuk menguasai bahagian pasaran yang lebih tinggi dalam perniagaan kurier," katanya.
Hasil dalam segmen logistik mencatatkan pertumbuhan 7.0 peratus kepada RM169.4 juta semasa tempoh tersebut.
"Peningkatan ini disumbangkan oleh perniagaan pengurusan kargo (terutamanya daripada penghantaran barang) dan logistik automotif.
"Segmen logistik memberikan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.2 juta berbanding kerugian sebelum cukai berjumlah RM11.7 juta pada tempoh kewangan lepas atas hasil yang lebih tinggi manakala kos dikekalkan," katanya.
Sementara itu , segmen penerbangan menyumbang lonjakan hasil sebanyak RM141.4 juta terutamanya daripada peningkatan perniagaan katering dalam penerbangan dan pengendalian darat.
"Ini berikutan pertambahan dalam jumlah makanan untuk penerbangan komersil serta berkaitan umrah, manakala lonjakan jumlah penerbangan yang dikendalikan menyumbang secara positif kepada hasil pengendalian darat.
"Bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai susut kepada RM2.9 juta akibat tanggungan kos yang lebih tinggi bagi menyokong pertumbuhan dalam transaksi," katanya.
Segmen lain, yang merangkumi percetakan serta sisipan, sijil digital dan Ar-Rahnu, mencatatkan pendapatan RM88.0 juta dalam tempoh berkenaan, menokok 35 peratus berbanding tahun lepas, disumbangkan terutamanya oleh Ar-Rahnu.
Secara keseluruhan, Pos Malaysia berkata industri akan terus menghadapi cabaran, termasuk persaingan yang semakin bertambah, peningkatan kos operasi dan ancaman keselamatan siber.
"Kumpulan itu komited sepenuhnya untuk mengukuhkan prestasi kewangannya dengan menerima teknologi digital, meningkatkan perjalanan pelanggan, selain memperjuangkan kemampanan demi masa depan yang lebih hijau dan bersih. Tumpuan utama kami adalah untuk mewujudkan model perniagaan yang mengutamakan kebajikan pekerja, pelanggan dan alam sekitar," tambahnya lagi.
Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Charles Brewer berkata syarikat itu beroperasi dalam persekitaran yang sangat mencabar serta akan terus mengharungi cabaran tersebut dengan memberi tumpuan kepada kos berubah, rasionalisasi rangkaian dan aliran kerja komersialnya.
"Melangkah ke hadapan, dengan cabaran yang mungkin akan berterusan, kami optimis tetapi berhati-hati dan menjangkakan keputusan yang lebih baik untuk kumpulan pada 2023," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023
Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2023 meningkat kepada RM27.01 juta daripada RM5.25 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
Heret pelaku ke muka pengadilan
Membahaskan LKAN di Parlimen tanpa mengambil sebarang timdakan susulan daripada hasil penemuan itu tidak akan memperbaiki tatakelola agensi kerajaan.
Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia
Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.
Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai
Pasangan suami isteri serta anak lelaki mereka berusia tiga tahun nyaris lemas selepas kereta jenis Proton Pesona dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar.
KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024
KPT merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 35 pingat emas dan menduduki tempat ketiga negara terbaik pada kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.
Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024
Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024.
Pos Malaysia capai 96 peratus prestasi penghantaran dijamin
Pos Malaysia memantau prestasi perkhidmatannya setiap hari untuk memastikan pengalaman pelanggan yang lancar.
Rugi bersih suku pertama Pos Malaysia berkurangan kepada RM27.66 juta
CEO kumpulan, Charles Brewer berkata prestasi Pos Malaysia adalah lebih baik dalam seluruh aspek berbanding pada suku pertama tahun kewangan 2022.
Dua bekas pegawai kanan Pos Malaysia didakwa terima rasuah
Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim.
Pos Malaysia sambung semula perkhidmatan penghantaran antarabangsa
Penyedia perkhidmatan pos itu berkata, secara keseluruhan, ia telah beroperasi semula ke 145 negara sehingga kini.
Bekas ejen 'Pos Rider' diutamakan untuk khidmat sambilan - Pos Malaysia
Pos Malaysia akan mengutamakan bekas ejen 'Pos Rider' untuk berkhidmat secara sambilan dengan syarikat itu, sekiranya terdapat peningkatan jumlah bungkusan kelak.
Pejabat pos, Pos Laju tetap beroperasi di sekitar Kota Setar - Pos Malaysia
Semua pejabat pos dan pusat perkhidmatan Pos Laju sekitar Kota Setar, Kedah, akan dibuka seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran.
Guru wanita rugi RM333,000 ditipu 'Inspektor Mazlan'
Seorang guru wanita kerugian RM333,000 selepas terpedaya dengan penipuan panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
Pos Malaysia naikkan kadar pos komersial
Langkah itu seiring dengan peningkatan kos operasi dan peningkatan struktur kadar antarabangsa oleh Kesatuan Pos Sedunia (UPU).
Pos Malaysia tunggu butiran rasmi mengenai kenaikan tarif pos daripada kerajaan
Sumber itu berkata perubahan harga tidak akan memberi kesan terhadap kadar bayaran pos untuk pengguna bukan komersil dalam negeri.
Siri setem 'Makanan Kita' sempena Hari Malaysia
Pemilihan setiap makanan di dalam siri ini adalah berdasarkan kepada populariti makanan tersebut serta cadangan dari orang awam.