KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021 bertambah kepada RM335.73 juta daripada kerugian bersih sebanyak RM308.02 juta yang direkodkan semasa tahun kewangan 2020.
Pendapatan merosot kepada RM2.19 bilion berbanding RM2.33 bilion sebelumnya, kata kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Perolehan daripada segmen pos susut 12 peratus akibat kelembapan dalam perkhidmatan pos berikutan penurunan dalam jumlah mel dan bungkusan yang dikendalikan terutamanya daripada pelanggan kontrak.
Kerugian yang lebih tinggi yang dicatatkan untuk segmen pos disumbangkan oleh skim pemisahan bersama sebanyak RM75.1 juta berbanding dengan RM41.6 juta yang disediakan semasa tahun kewangan 2020.
Sementara itu, segmen logistik mencatatkan kenaikan hasil berjumlah 10 peratus iaitu sebanyak RM345 .9 juta pada tahun ini yang datang daripada perniagaan pengurusan angkutan (daripada penghantaran barang) dan perniagaan automotif (sebahagian besarnya daripada permulaan perkhidmatan gudang baharu pada tahun ini).
Selain itu, segmen penerbangan menyumbang 33 peratus hasil yang lebih tinggi sebanyak RM216.1 juta susulan peningkatan sumbangan daripada pengendalian tan kargo yang lebih banyak.
Segmen-segmen lain yang merangkumi percetakan dan penyisipan, sijil digital dan Ar-Rahnu, mencatatkan perolehan sebanyak RM111.7 juta pada tahun semasa, lebih rendah lima peratus berbanding tahun kewangan 2020.
Kumpulan itu ketika bercakap mengenai prospek menjelaskan ia tetap optimis secara berhati-hati dengan prestasi kewangannya bagi tahun kewangan 2022 dengan memanfaatkan peluang, sambil mengubah dan mengukuhkan terasnya.
Ia menjangkakan pertumbuhan pada tahun kewangan 2022 bakal dicatatkan dalam perniagaan runcit, antarabangsa, logistik dan penerbangan, khususnya dengan pembukaan sempadan serta perniagaan yang akan mendapat sokongan permintaan untuk produk pengguna, pembuatan dan jumlah kargo.
"Kami berada di landasan dengan pemulihan dan inisiatif transformasi kami ditujukan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan serta kecekapan kos, menambah hasil selain memberi tumpuan kepada keuntungan tambahan daripada segmen Perniagaan ke Pengguna (B2C), Terus ke Pelanggan (D2C) dan Perniagaan ke Perniagaan (B2B).
"Inisiatif kami mencatatkan kemajuan yang baik dengan tahap perkhidmatan pada tingkat tertinggi sepanjang masa, di atas penambahbaikan yang mantap dalam semua blok bangunan operasi utama termasuk pemacu perniagaan," kata Pos Malaysia lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
Pendapatan merosot kepada RM2.19 bilion berbanding RM2.33 bilion sebelumnya, kata kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. - fotoBERNAMA
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Deklarasi Doha seru gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Deklarasi Doha dengan tumpuan pada "Diplomasi Sukan," menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Israel tidak mahu perdamaian, hanya tambah musuh
Alternatif seperti menjadikan mana-mana negara lain di Asia Barat sebagai sekutu kuat AS tidak berkesan kerana ia membawa kepada pengabaian terhadap Palestin.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.
Kerugian bersih Pos Malaysia bertambah kepada RM335.73 juta
Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021 bertambah kepada RM335.73 juta daripada kerugian bersih sebanyak RM308.02 juta yang direkodkan semasa tahun kewangan 2020.
Tiada jalan pintas untuk Pos Malaysia kembali untung - Kenanga
Kerugian bersih Pos Malaysia meningkat kepada RM121.84 juta daripada RM19.02 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
Pos Malaysia lantik Yasmin Mahmood sebagai pengerusi baharu
Bekas CEO MDEC itu dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Pos Malaysia Bhd berkuat kuasa 1 April ini.
Pos Malaysia catat RM50.09 juta keuntungan suku keempat
Pos Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi kepada RM50.09 juta bagi suku keempat.
Poslaju lantik MPH Bookstore sebagai ejen
PosLaju, unit Pos Malaysia Bhd, melantik MPH Bookstore Sdn Bhd sebagai ejen sah rasmi untuk menjual perkhidmatan kurier prabayarnya di empat cawangan terpilih MPH.