Kerajaan buat masa ini tidak mempunyai perancangan untuk melepaskan pegangan dalam PLUS Malaysia Bhd (PLUS) kepada Maju Holdings Sdn Bhd (Maju Holdings).
Kementerian Kewangan berkata kerajaan memandang serius kedudukan kewangan serta kemampuan entiti persendirian seperti Maju Holdings untuk membiayai cadangan pengambil alihan korporat itu.
"Cadangan pengambil alihan PLUS perlu disokong dengan punca pendanaan yang jelas dan kukuh serta keupayaan operasi untuk memastikan pengendali aset strategik negara ini tidak berdepan dengan pemasalahan kewangan sekiranya berlaku kejutan ekonomi, mahupun keteruapan pertukaran mata wang asing," kata kementerian itu.
Kementerian Kewangan menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) mengenai keputusan hasil daripada cadangan tawaran Maju Holdings untuk mengambil alih PLUS bernilai RM36 bilion.
Katanya, cadangan pengambil alihan itu juga tidak boleh dilihat semata -mata dari sudut untuk tidak menaikkan caj tol selama beberapa tahun dan kos penyelenggaraan yang rendah.
Sebaliknya, ia perlu menepati keperluan kerajaan termasuk kemampuan operasi dan kewangan untuk mengurus Lebuhraya Utara-Selatan dalam jangka masa panjang.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings Tan Sri Abu Sahid Mohamad sebelum ini menyuarakan hasrat untuk membeli 51 peratus saham UEM Group Bhd dan 49 peratus saham Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam PLUS sekali gus mengambil alih lebuh raya utama negara itu selain beberapa lagi syarikat operator lebuh raya lain seperti Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE) dan Linkedua Malaysia Bhd (LINKEDUA).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2017

Tan Sri Abu Sahid Mohamad sebelum ini menyuarakan hasrat untuk membeli 51 peratus saham UEM Group Bhd dan 49 peratus saham KWSP dalam PLUS sekali gus mengambil alih lebuh raya utama negara itu. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kerajaan tidak ada perancangan lepas pegangan PLUS
Kerajaan memandang serius kedudukan kewangan serta kemampuan entiti persendirian seperti Maju Holdings untuk membiayai cadangan pengambil alihan korporat itu.