SHAH ALAM: Kerajaan Selangor melancarkan inisiatif Halal Suri Darul Ehsan (Halal Suri) 2.0 dengan menyasarkan 100 usahawan Halal Suri pada tahun ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, Halal Suri diteruskan setelah program perintis bermula tahun lalu itu berjaya.
Menurutnya, Halal Suri adalah satu usaha kerajaan negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Industri Halal untuk meningkatkan ekonomi keluarga rakyat Selangor.
Dalam masa sama, beliau berkata, Halal Suri turut mempromosi pentingnya pengesahan dan pengiktirafan halal ke atas barangan yang digunakan pada setiap masa.
"Kerajaan negeri memperuntukkan geran sebanyak RM2,000 kepada setiap peserta manakala peserta hanya mengeluarkan RM1,000 setiap seorang sebagai modal awal untuk membeli barangan sejuk beku diiktiraf halal, untuk diniagakan di premis mereka.
"Setelah program perintis Halal Suri pertama pada 2021 berjaya, maka pada hari ini kerajaan Selangor melancarkan Halal Suri 2.0 dengan menyasarkan 100 usahawan Halal Suri pada tahun 2022," katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya pada Ahad.
Pada Sabtu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari merasmikan Insiatif Halal Suri 2.0 pada Program Jelajah Selangor Penyayang siri ke-2 di Dataran Pantai Morib.
Disember tahun lalu, seramai 56 peserta berusia antara 18 hingga 60 tahun dipilih menyertai Halal Suri 1.0 dengan kerjasama Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah).
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/208731/BISNES/Kerajaan-Selangor-sasar-100-usahawan-Halal-Suri-tahun-ini
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Sinar Harian
Sun Jun 26 2022
Mohd Zawawi (dua, kiri) mengiringi Amirudin (tiga kanan) merasmikan inisiatif Halal Suri 2.0 pada Program Jelajah Selangor Penyayang siri ke-2 di Dataran Pantai Morib. - Facebook Zawawi Mughni
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Kerajaan Selangor sasar 100 usahawan Halal Suri tahun ini
Halal Suri diteruskan setelah program perintis bermula tahun lalu itu berjaya.