KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menguji mekanisme untuk sistem subsidi bahan api bersasar namun tiada garis masa ditetapkan bagi pelaksanaannya, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata kerajaan kini sedang menguji beberapa cadangan yang diterima bagi menentukan langkah terbaik untuk pelaksanaan sebelum membentangkannya kepada Kabinet.
Berdasarkan kajian oleh Bank Negara Malaysia (BNM), bagi setiap RM1 subsidi bahan api, 53 sen dinikmati kumpulan T20 manakala 15 sen dimanfaatkan oleh kumpulan B40, katanya.
"Kita akan menguji dan memutuskan apabila kita selesa dengan mekanisme dan platform bagaimana kita melaksanakannya.
"Sudah tentu pengalaman pelanggan berbeza-beza di kawasan luar bandar dan juga bandar," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pelancaran pelan tindakan dan laporan kelestarian Edotco 2021 di sini, pada Khamis.
Tengku Zafrul berkata beliau akan berada di lapangan stesen-stesen minyak untuk menguji mekanisme itu atau platform yang dicadangkan kepada kerajaan.
Sebelum ini, kerajaan menganggarkan subsidi bagi 2022 akan mencecah RM77.7 bilion dan ini mendorong subsidi bahan api mencapai RM30 bilion.
"Bulan lepas, subsidi bahan api telah mencecah RM5 bilion sebulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Tengku Zafrul berkata kerajaan kini sedang menguji beberapa cadangan yang diterima bagi menentukan langkah terbaik untuk pelaksanaan sebelum membentangkannya kepada Kabinet. - Gambar fail/Astro AWANI
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Kerajaan sedang uji mekanisme sistem subsidi bahan api bersasar - Tengku Zafrul
Kerajaan sedang menguji mekanisme untuk sistem subsidi bahan api bersasar namun tiada garis masa ditetapkan bagi pelaksanaannya, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.