Ringkasan AI
- Misi Perdagangan Antarabangsa: Misi telah dilaksanakan ke Abu Dhabi dan Taiwan, dan akan dilanjutkan ke Thailand, UK, Indonesia, dan Filipina.
- Pencapaian dan Potensi Pelaburan: Pada 2023, lapan program antarabangsa mencatatkan RM864 juta potensi pelaburan, meningkat daripada RM689 juta pada 2022.
- Peningkatan Daya Saing Francais: Jumlah perniagaan francais berdaftar di Malaysia kini 1,274 syarikat, selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 untuk meningkatkan kualiti dan daya saing usahawan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata misi perdagangan yang telah dilaksanakan adalah ke Abu Dhabi dan Taiwan manakala seterusnya ke Thailand, United Kingdom, Indonesia dan Filipina sehingga hujung tahun ini.
"Pada 2023 sebanyak lapan program antarabangsa dan misi perdagangan telah diadakan serta mencatatkan sebanyak RM864 juta potensi pelaburan, berbanding RM689 juta pada 2022.
"Syabas saya ucapkan kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan program ini dan diharapkan potensi pelaburan yang direkodkan dapat direalisasikan dengan jayanya," katanya pada majlis Anugerah Francais 2024, pada Rabu.
Ewon berkata setakat ini jumlah perniagaan francais yang berdaftar dengan Pendaftar Francais di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjumlah 1,274 syarikat.
"Pencapaian sebegini adalah penting untuk meningkatkan skala dan daya saing perniagaan francais yang terdiri dalam kalangan Perusahaan mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)," katanya.
Menurutnya, ini adalah selaras dengan matlamat Dasar Keusahawanan Nasional 2030 untuk meningkatkan bilangan usahawan yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan, berfikiran global dan kompetitif.
-- BERNAMA