Kerajaan komited meneruskan langkah pengurangan defisit fiskal negara kepada 3.1 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2016 walaupun pertumbuhan ekonomi dunia dijangka menguncup.

Di dalam satu kenyataan, Menteri Kewangan 11, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan akan terus mengoptimumkan perbelanjaan dan menyusun semula projek pembangunan mengikut keutamaan.

Menurutnya, kementerian dan agensi telah diminta menyusun semula program dan projek mengikut keutamaan dan menguruskan pengambilan penjawat awam secara lebih berhemat di mana tiada unit atau institusi baharu diwujudkan.