KUALA LUMPUR: Kerajaan mengekalkan tarif elektrik bagi semua pengguna untuk separuh tahun kedua 2022 pada kadar yang sama dengan separuh tahun pertama 2022.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata berikutan kenaikan mendadak harga bahan api dunia pada tahun ini, kerajaan pada 24 Jun 2022 telah memutuskan perkara tersebut walaupun kos penjanaan elektrik telah meningkat.
Pada awal tahun 2021, harga arang batu adalah sekitar AS$80 se tan metrik (RM4.4655=AS$1), namun pada pertengahan tahun 2022, ia telah mencecah AS$400 se tan metrik.
"Sehubungan itu, kerajaan akan menanggung subsidi elektrik sebanyak RM5.8 bilion bagi memanfaatkan kesemua ahli Keluarga Malaysia daripada impak kenaikan kos elektrik.
"Kerajaan akan membayar jumlah RM5.8 bilion tersebut kepada syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi memastikan TNB tidak terkesan daripada kenaikan mendadak harga bahan api untuk penjanaan elektrik selaras dengan mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR)," katanya yang turut memaklumkan kenaikan kos penjanaan elektrik juga meningkatkan keperluan modal kerja TNB.
"Sehubungan itu, kerajaan juga akan memberi jaminan pembiayaan TNB sehingga RM6 bilion untuk memastikan operasi TNB menjana bekalan elektrik tidak akan terganggu bagi manfaat Keluarga Malaysia, di samping memangkin kemampanan industri tenaga negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022
kerajaan juga akan memberi jaminan pembiayaan TNB sehingga RM6 bilion untuk memastikan operasi TNB menjana bekalan elektrik tidak akan terganggu. - Gambar hiasan/ Pixabay
Bank Dunia salur bantuan kecemasan kepada pelarian Lubnan
Bank Dunia akan menyalurkan semula dana yang pada asalnya diperuntukkan untuk program pembangunan di Lubnan kepada bantuan kecemasan bagi pelarian yang terkesan akibat pengeboman Israel.
Israel rancang lagi serang hendap di selatan Lubnan
Tentera Israel memberi bayangan akan melancarkan serang hendap di darat selepas mengeluarkan arahan pemindahan baharu di selatan Lubnan dan mengarahkan penduduk di 20 bandar selatan negara itu untuk berpindah serta-merta.
Banjir Perak: 121 mangsa masih berlindung di tiga PPS
Seramai 121 orang mangsa banjir daripada 36 buah keluarga masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak susulan hujan lebat berterusan pada petang Jumaat.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
[TERKINI] Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, selari dengan usaha itu, dua pusat baharu yang akan ditubuhkan ialah Pusat Kanser Wilayah Utara di Kedah dan Pusat Kanser Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Tiga hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Hezbollah dan Israel saling berbalas serangan sejak permulaan perang di Gaza yang tercetus susulan serangan kumpulan Hamas pada tahun lepas.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
AWANI Ringkas: Banjir di Bosnia, tiada rakyat Malaysia terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Kerajaan kekalkan tarif elektrik separuh tahun kedua 2022 - MoF
Kerajaan mengekalkan tarif elektrik bagi semua pengguna untuk separuh tahun kedua 2022 pada kadar yang sama dengan separuh tahun pertama 2022.