Model perniagaan sedia ada Proton tidak mampan dan kerajaan akan menimbang sebelum lebih banyak bantuan diberikan.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, sehingga kini lebih RM13 bilion bantuan telah diberikan kepada Proton sejak 1983.
Tambahnya, perlindungan yang selama ini diberikan kepada Proton, harus dihentikan.
Dalam satu kenyataan, Datuk Seri Mustapa menambah, penguasaan pasaran Proton menurun dari tahap tertinggi 74 peratus pada 1983 ke 15 peratus ketika ini dan Proton tidak mempunyai pasaran yang luas.
Beliau menegaskan, untuk kerajaan terus membantu Proton, empat syarat harus dipenuhi.
Ini termasuk mencari rakan asing strategik baru dan pengurusan syarikat yang lebih baik.
Tambahnya syarat lain termasuk tiada campur tangan dalam perniagaan.
Beliau menegaskan, syarat-syarat lain yang ketat juga akan dikenakan untuk kelangsungan Proton pada jangka masa panjang.
Tambahnya, dengan situasi harga minyak yang rendah, kerajaan tidak mampu untuk meneruskan bantuan kepada Proton.
Beliau turut dimaklumkan bahawa terdapat tindakan yang tidak profesional dalam membuat keputusan di Proton.
Susulan itu, beliau ingin Proton turut kumpulan pengurusan yang lebih sesuai.
Kenyataan ini dibuat susulan perbincangan antara MITI dan kumpulan pemimpin tertinggi Proton dalam enam bulan lepas tentang masa depan syarikat.
Nurulhana Ismail
Fri Apr 01 2016
![Kerajaan akan henti beri perlindungan kepada Proton - MITI Kerajaan akan henti beri perlindungan kepada Proton - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71455886667_ProtonLogoGeneric.jpg)
Model perniagaan sedia ada Proton tidak mampan dan kerajaan akan menimbang sebelum lebih banyak bantuan diberikan.
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714696494_HamidinMohdAminK.jpg)
Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan
Ini kerana Pan-gon, yang mula mengemudi skuad kebangsaan sejak 2022, sebelum ini dengan penuh komited menyatakan mahu terus mengendalikan Harimau Malaya sehingga tamat kontraknya pada Disember 2025.
AWANI Borneo [17/07/2024] - Kebakaran awal pagi | 1.3 juta tenaga buruh | 829.4 kilometer
Awani Borneo 17 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
RM32.8 juta setahun selenggara rutin Lebuh Raya Pan-Borneo
Kementerian akan memperuntukkan sebanyak RM32.8 juta setahun bagi pelaksanaan penyenggaraan rutin di Lebuh Raya Pan-Borneo secara berperingkat mengikut serahan bagi penyenggaraan selepas kontrak projek siap sepenuhnya.
38 peratus isi rumah miskin tegar di Sabah
Rafizi menambah pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan di Sabah juga lebih tinggi iaitu RM1,218 sebulan berbanding kadar nasional sebanyak RM1,198.
![Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lepas telah pulang ke rumahnya di Ampangan Tinggi malam tadi.
Pemenang Jutawan BSN derma 10 peratus kepada gereja
Rezeki tiga bulan menabung di Bank Simpanan Nasional (BSN) berbekalkan modal 10 ribu ringgit telah menukar hidup seorang paderi kepada seorang jutawan.
RM468.7 juta projek infrastruktur basmi kemiskinan di Sabah
Rafizi berkata peruntukan sebanyak RM468.7 juta bagi 2024 telah diwujudkan bagi projek-projek infrastruktur dalam usaha mengurangkan jurang kemiskinan di lapan daerah tersebut.
60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
Sebanyak 60 peratus atau 1.3 juta daripada 2.3 tenaga buruh di Sabah belum berdaftar sebagai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan berisiko tidak memiliki simpanan untuk persaraan.
![Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51656320062_MustapaMohamed.jpg)
Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa
Jelasnya, ketika ini kerajaan memberi tumpuan terhadap subsidi bersasar minyak petrol.
![Kerajaan fokus hapus kemiskinan tegar menjelang 2025 - Mustapa Kerajaan fokus hapus kemiskinan tegar menjelang 2025 - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/61589473868_miskin.jpg)
Kerajaan fokus hapus kemiskinan tegar menjelang 2025 - Mustapa
Usaha tersebut adalah antara tiga fokus yang digariskan dalam laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia ke-25 yang diterbitkan oleh Bank Dunia.
![Buku RMK-12: UPE JPM tidak pernah belanja RM2 bilion - Mustapa Buku RMK-12: UPE JPM tidak pernah belanja RM2 bilion - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632829231_MustapaMohamed.jpg)
Buku RMK-12: UPE JPM tidak pernah belanja RM2 bilion - Mustapa
Ia sekali gus menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan usul RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini.
![Kerajaan akan umum kos pampasan pembatalan HSR - Mustapa Kerajaan akan umum kos pampasan pembatalan HSR - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71609780745_TOKPAHSR.jpg)
Kerajaan akan umum kos pampasan pembatalan HSR - Mustapa
Wang yang akan digunakan adalah wang rakyat, justeru jumlahnya akan didedahkan.
![RMK-12: Kerajaan pergiat libat urus dengan pihak berkaitan RMK-12: Kerajaan pergiat libat urus dengan pihak berkaitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81608182044_tokpa.jpg)
RMK-12: Kerajaan pergiat libat urus dengan pihak berkaitan
Menurut Datuk Seri Mustapa Mohamed, pandemik COVID-19 juga turut memberi kesan besar kepada landskap ekonomi global termasuk Malaysia.
![Kerjasama Kerajaan Pusat dan negeri tangani masalah kemiskinan di Sabah Kerjasama Kerajaan Pusat dan negeri tangani masalah kemiskinan di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597066590_MenteriPerdagangan.jpg)
Kerjasama Kerajaan Pusat dan negeri tangani masalah kemiskinan di Sabah
Kerajaan Persekutuan akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi melihat kaedah-kaedah baharu yang lebih kreatif dan inovatif bagi memastikan masalah kemiskinan di Sabah dapat ditangani.
![Laporan petugas khas mengenai isu Felda diputuskan Oktober ini Laporan petugas khas mengenai isu Felda diputuskan Oktober ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597066590_MenteriPerdagangan.jpg)
Laporan petugas khas mengenai isu Felda diputuskan Oktober ini
Laporan petugas khas mengenai isu-isu berkaitan Felda akan diputuskan kerajaan pada pertengahan Oktober ini.
![Pemerkasaan agenda Bumiputera perlu inisiatif yang berani, radikal - Mustapa Pemerkasaan agenda Bumiputera perlu inisiatif yang berani, radikal - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71595209824_DatukSeriMustapa.jpg)
Pemerkasaan agenda Bumiputera perlu inisiatif yang berani, radikal - Mustapa
Pemerkasaan agenda bumiputera memerlukan pelaksanaan strategi dan inisiatif yang berani dan radikal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
![RM59.8 bilion bayaran hasil petroleum dibuat kepada empat negeri sepanjang 2008 - 2019 RM59.8 bilion bayaran hasil petroleum dibuat kepada empat negeri sepanjang 2008 - 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41451982818_MustapaMohamed.jpg)
RM59.8 bilion bayaran hasil petroleum dibuat kepada empat negeri sepanjang 2008 - 2019
Bayaran tunai hasil petroleum yang dibayar kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan mencecah hampir RM59.8 bilion dalam tempoh 2008 hingga 2019.
![Isu Eagle High-Felda telah dibawa ke prosiding timbang tara di Singapura Isu Eagle High-Felda telah dibawa ke prosiding timbang tara di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71595209824_DatukSeriMustapa.jpg)
Isu Eagle High-Felda telah dibawa ke prosiding timbang tara di Singapura
Isu berkaitan PT Eagle High Plantations TPK (Eagle High) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah dibawa ke Prosiding Timbang Tara di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura.