KUALA LUMPUR: Pendirian kerajaan untuk tidak lagi membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana caruman ahli untuk bekalan hari tua adalah terlalu sedikit, pada masa ini.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, seramai 8.1 juta ahli telah mengeluarkan RM145 bilion simpanan mereka ketika berdepan tekanan ekonomi akibat COVID-19 sejak dua tahun lalu.
Menjelaskan caruman dari kategori kaum, Ahmad (BN-Pontian) berkata, simpanan caruman Bumiputera yang lain ketika ini adalah paling sedikit iaitu RM3.3 ribu daripada keseluruhan ahli seramai 1.4 juta.
"Seterusnya, median simpanan semua kaum ahli KWSP daripada tahun 2016 iaitu RM16.6 ribu turun kepada 50 peratus iaitu RM8.1 ribu pada 2022.
"Kalau mengikut kaum, median simpanan kaum Melayu melibatkan tujuh juta ahli, daripada April 2020 iaitu sebanyak RM16.9 ribu, sekarang hanya RM5.5 ribu sahaja.
"Ahli Bumiputera lain ada 1.4 juta pada tahun sebelum dibenarkan keluar, ada RM10.6 ribu, tetapi sekarang tinggal RM3.3 ribu sahaja.
"Jadi macam mana kita nak beri kebenaran keluarkan lagi. Tinggal hanya RM5.5 ribu... RM3.3 ribu (Bumiputera). Itu sebab kita tak beri kebenaran," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
BACA: Pengeluaran KWSP: Kerajaan cari jalan lain lebih sesuai - PM Anwar
Ahmad turut berkata, kadar dividen KWSP untuk Simpanan Shariah adalah lebih rendah berbanding Konvensional kerana terhad untuk dilaburkan.
Begitu pun, beliau memberi jaminan kerajaan akan berusaha meningkat dividen bagi Simpanan Shariah.
"Antara sebab kenapa dividen Simpanan Shariah kurang berbanding Konvensional adalah kerana limited sector (sektor terhad) di mana pelaburan itu boleh dibuat dan tidak banyak melabur di banyak tempat.
"Tetapi kita akan mengusahakan supaya dividen Simpanan Syariah dapat dipertingkat dari semasa ke semasa," ujarnya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) bertanyakan apakah perancangan Kementerian dan KWSP untuk memastikan pulangan dividen bagi Simpanan Shariah yang lebih kompetitif berbanding Konvensional.
Ini kerana jelas beliau, dividen Simpanan Konvensional pada 2020 adalah sebanyak 5.2 peratus berbanding 4.9 peratus (Simpanan Shariah), sementara pada 2021 dividen bagi Simpanan Konvensional dicatatkan pada 6.1 peratus berbanding 5.65 peratus Simpanan Shariah.
Pada 9 Februari lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan masih mengekalkan keputusan tidak membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP menjelang pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari.
Perdana Menteri berkata, kerajaan kekal dengan keputusan bagi mencari usaha mengurangkan beban tanpa memberi impak terhadap pemegang akaun ketika menghadapi hari persaraan nanti.
Hasimi Muhamad
Thu Feb 16 2023

Ahmad Maslan berkata, seramai 8.1 juta ahli telah mengeluarkan RM145 bilion simpanan mereka ketika berdepan tekanan ekonomi akibat COVID-19. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.