KUALA LUMPUR: Kenaf Venture Global Sdn Bhd (KVG) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama SIRIM Berhad sebagai pengenalan syarikat itu untuk menembusi pasaran antarabangsa melalui Dubai Expo 2020.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, perjanjian dua hala antara dua pihak, KVG & SIRIM akan memperkukuhkan pasaran tempatan kenaf dan menjadikan kenaf sebagai komoditi ketiga di Malaysia.
‘’MoU berkenaan juga sebagai permulaan strategik untuk menarik pelabur antarabangsa ke dalam industri tempatan kenaf,” kata beliau pada majlis memeterai MoU tersebut di sini pada Sabtu.
MoU ditandatangani oleh KVG yang diwakili oleh Pengasas Bersama dan Presiden Kumpulan, Azman Ahmad, sementara SIRIM diwakili oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad.
Turut hadir ialah Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KVG, Jazman Shahar Abdollah dan Naib Presiden Kanan Penyelidikan Perindustrian SIRIM, Mohd Azanuddin Salleh.
Kerjasama yang disokong oleh kerajaan ini dapat memberi arahan jelas dalam inovasi dan revolusi pasaran kenaf tempatan.
Selaras dengan kerajaan, KVG berhasrat untuk memelihara kelestarian melalui pasaran kenaf. Justeru, inisiatif ini akan membantu meningkatkan ekonomi dan memberi manfaat kepada negara dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai titik tolak pelaburan dunia untuk komoditi.
Sebagai sebuah syarikat yang menerajui penanaman kenaf di Malaysia, KVG mensasarkan untuk mengoptimumkan teknologi pemisahan gentian kenaf dan teras; terutama dalam sistem automasi dan proses bio-retting sebagai amalan dalam Pertanian 4.0.
Melalui, inisiatif ini, KVG berusaha untuk terus memajukan sektor ekonomi dengan peningkatan perdagangan antarabangsa melalui Dubai Expo 2020 yang akan datang.
Sementara itu, Jazman Shahar Abdollah berkata, KVG ingin menjalin kerjasama antarabangsa dengan bakal rakan niaga dalam Dubai Expo 2020.
‘’Selain memperkenalkan KVG kepada pemain industri antarabangsa semasa expo itu, kami juga berminat untuk menjalin kerjasama dengan rakan niaga lain untuk berbincang berkenaan expo. Terutama dengan pihak yang mempunyai minat dan visi yang sama seperti KVG.
‘’Kerjasama ini akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak yang boleh memberi manfaat kepada syarikat dan negara,” kata beliau.
Beliau berkata, pihaknya bersedia untuk menunjukkan ini adalah salah satu inisiatif KVG komited untuk mempromosikan kelestarian dan budaya hijau di pentas global.
‘’Pada masa yang sama, kerjasama ini adalah usaha untuk meletakkan Malaysia sebagai hab pelaburan kenaf,’’ ujarnya.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Dato Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata, SIRIM sentiasa bersedia untuk menyumbang kepakaran kepada sektor pertanian negara yang semakin pesat berubah dengan memanfaatkan kemajuan teknologi yang intensif seperti pengimbas, peranti, mesin dan teknologi maklumat.
“Pertanian masa depan akan menggunakan lebih banyak teknologi canggih seperti robot, pengimbas suhu dan kelembapan, imej udara, dan teknologi GPS. Melalui penggunaan teknologi seperti ini akan membolehkan ladang menjadi lebih menguntungkan, cekap, selamat dan mesra alam,” katanya.
Di bawah MoU ini, SIRIM antara lain akan memberi KVG sokongan teknikal dalam automasi pengeluaran gentian kenaf dan penghasilan sumber yang cekap dan bersih untuk pengeluaran gentian kenaf dan teras; serta pengetahuan dan kepakaran dalam jejak karbon.
Sempena Expo Dubai 2020, KVG akan turut serta di dalam pameran ini bagi mewakili Malaysia dalam industri kenaf.
Penyertaan ini akan berlangsung pada 23 hingga 29 Januari 2022. Objektif penyertaan pameran ini adalah untuk menerokai pasaran kenaf di peringkat global dan mengembangkan lagi pasaran Malaysia dalam industri kenaf.
Expo ini bertujuan mengumpul syarikat-syarikat untuk bertukar pandangan dalam subjek yang sama dan berlainan dengan tema “Menghubung Minda, Mencipta Masa Depan”.
Bermula pada 1 Oktober 2021, expo mengalukan kehadiran delegasi dari lebih 190 negara yang akan menjadi peserta pameran.
Pameran ini merangkumi pelbagai tema di mana setiap minggu tema berlainan akan diketengahkan.
Tema merangkumi matlamat global, makanan, pertanian, penghidupan dan lain-lain.
Sehingga kini, kenaf telah digunakan di dalam pelbagai sektor perindustrian seperti automotif, pembinaan, pulpa dan kertas serta banyak lagi. Berikutan penggunaannya yang semakin meluas, permintaan kenaf semakin meningkat di dalam dan luar negara.
Walaupun, bekalan kenaf adalah rendah, KVG memainkan peranannya sebagai penanam swasta terbesar di Malaysia untuk menyumbang kepada peningkatan bekalan kenaf di Malaysia dan di seluruh dunia.
Walaupun pandemik melanda, KVG terus berdiri tegak dan beroperasi seperti yang dirancang.
KVG aktif memberi sumbangan kepada semua lapisan masyarakat dan membantu sektor ekonomi semasa pandemik COVID-19 melalui bekalan gentian kenaf dan teras yang tidak terputus.
Selain itu, KVG berhasrat untuk terus membantu mereka yang memerlukan semasa keadaan mencabar ini.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Sun Oct 17 2021
Zuraida Kamaruddin (tiga dari kiri) merakam gambar kenangan bersama pegawai SIRIM dan KVG pada majlis memeterai MoU di Chuping, Perlis pada 16 Oktober 2021. -Dagang News
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Kemarau: LKTN arah tangguh tanam kenaf di Kelantan, Terengganu
Bagaimanapun, tanaman itu masih diteruskan di beberapa negeri lain termasuk Kedah, Perlis dan Pahang.
Kenaf Venture Global meterai memorandum persefahaman bersama SIRIM
MoU berkenaan juga sebagai permulaan strategik untuk menarik pelabur antarabangsa ke dalam industri tempatan kenaf.
400,000 hektar ladang sawit seluruh negara berpotensi untuk tanaman kenaf
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menganggarkan sekitar 400,000 hektar ladang sawit di seluruh negara berpotensi untuk diusahakan dengan tanaman kenaf secara intergrasi.