KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan memperuntukkan sebanyak RM1. 7 bilion bagi program jangka pendek (MySTEP) 2022 dengan sasaran penciptaan 80,000 pekerjaan pada tahun ini.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pekerjaan tersebut boleh dimohon secara dalam talian di laman web http://www.mystep.mof.gov.my/.
"Oleh itu, saya berharap pencari kerja akan memanfaatkan segala peluang yang ada melalui Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia, sama ada di Karnival ini atau secara dalam talian melalui portal MyFutureJobs; MySTEP dan UpSkillMalaysia," katanya dalam ucapan beliau pada Majlis Pelancaran Kempen JaminKerja Keluarga Malaysia yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, semalam.
MySTEP adalah antara komponen di bawah inisiatif JaminKerja yang merupakan program pekerjaan jangka pendek secara kontrak di sektor awam serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan dikelolakan oleh Agensi LAKSANA di bawah Kementerian Kewangan.
Tengku Zafrul berkata, kerajaan berjaya menempatkan 63,221 graduan pada tahun 2021 dengan 66 peratus ditempatkan di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan manakala 34 peratus lagi di GLC.
"Saya yakin kerajaan akan dapat mengulangi semula kejayaan tahun lalu di mana pencapaian telah melebihi sasaran.
"Hampir 560,000 peluang pekerjaan berjaya dicipta, berbanding sasaran awal iaitu 500,000 bagi tahun 2021," katanya.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata menurut laporan terkini yang diterbitkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa, kadar pengangguran global dijangka kekal di tahap 207 juta orang pada tahun ini,berbanding 186 juta orang pada 2019.
"Sekiranya tidak ditangani, ia akan memperdalamkan jurang pendapatan di seluruh dunia termasuk Malaysia, dan akan melemahkan struktur ekonomi, kewangan dan sosial negara," katanya.
Justeru, katanya, dasar-dasar kerajaan yang dirangka adalah bertujuan untuk mengelakkan kesan jangka panjang terhadap pasaran buruh, pendapatan isi rumah, dan perpaduan sosial.
Menurutnya, Bajet 2022 yang dijajarkan kepada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) akan meletakkan ekonomi negara di landasan yang kukuh supaya kita dapat membina semula ekonomi dengan lebih baik dan lebih berdaya tahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 20 2022
Tengku Zafrul ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 19 Feb 2022. --fotoBERNAMA
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
Kementerian Kewangan peruntuk RM1.7 bilion bagi program MySTEP 2022 - Tengku Zafrul
Kerajaan berjaya menempatkan 63,221 graduan pada 2021 dengan 66 peratus di kementerian/agensi kerajaan dan selebihnya di GLC.