KUALA LUMPUR: Kelewatan memproses permohonan, kelulusan dan penyaluran pembiayaan bagi Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) disebabkan isu teknikal yang timbul ketika proses naik taraf sistem permohonan dalam talian.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Adam Abdul Ghani berkata, pihaknya mengambil langkah penambahbaikan dengan menaik taraf sistem permohonan dalam talian itu bagi menampung jumlah permohonan yang terlalu tinggi.
"Pihak TEKUN mengambil langkah mengatasi isu itu, antaranya menyalurkan pembiayaan secara manual melalui cetakan cek diagihkan ke setiap Pejabat TEKUN cawangan di seluruh negara kerana penyaluran pindahan dana elektronik tidak dapat dilakukan ekoran gangguan teknikal itu," katanya dalam kenyataan.
Adam berkata, sehingga kini, TEKUN menyalurkan pembiayaan berjumlah RM105 juta kepada 12,774 usahawan menerusi SPIM melalui cetakan cek dan pindahan dengan dana elektronik serta penyaluran pembiayaan dijangka dapat diatasi selewat-lewatnya akhir bulan ini.
SPIM dengan peruntukan dana berjumlah RM200 juta adalah pembiayaan untuk usahawan informal dan mikro sebagai suntikan modal pusingan bagi memulih serta memulakan semula perniagaan terjejas akibat pandemik COVID-19 dan bencana banjir.
Melalui SPIM, usahawan ditawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 tanpa caj keuntungan dengan tempoh bayaran balik hingga lima tahun dan moratorium selama 12 bulan.
Permohonan skim itu dibuka pada 1 hingga 15 Januari lalu.
Adam berkata, TEKUN Nasional menerima permohonan terlalu tinggi pada masa singkat untuk pembiayaan SPIM itu dan dana yang sepatutnya untuk penyaluran setahun sudah habis dalam tempoh dua minggu, lapor Bernama.
Beliau berkata, sebanyak 23,767 permohonan diterima untuk SPIM dan setakat Selasa lalu, sebanyak 15,880 permohonan diluluskan dengan nilai RM130.3 juta. - DagangNews.com
Dagang News
Sat Feb 12 2022

Kelewatan memproses permohonan, kelulusan dan penyaluran pembiayaan bagi SPIM disebabkan isu teknikal ketika proses naik taraf sistem permohonan dalam talian. -Dagang News
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Isa Samad masih Pemangku Pengerusi SPAD - Nancy Shukri
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bekas Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) itu belum didakwa, namun hanya melalui proses penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).