KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd (AirAsia X) mencatatkan kapasiti tempat duduk yang meningkat lebih 26 kali tahun ke tahun (y-o-y) kepada 818,422 tempat duduk pada suku kedua 2023 (S2 2023) daripada 30,537 tempat duduk pada suku kedua 2022 (S2 2022).
Dalam satu kenyataan semalam, ia berkata peningkatan itu disebabkan oleh pesawat tambahan yang dibawa masuk ke dalam perkhidmatan dan pengembangan rangkaiannya.
"Syarikat juga telah menunjukkan peningkatan operasi yang ketara merentas semua metrik utama lain, mencapai faktor muatan penumpang (PLF) sebanyak 76 peratus pada S2 2023, berbanding 29 peratus pada S2 2022," katanya.
AirAsia X melaporkan operasinya telah kembali normal sejak 12 bulan lalu, memandangkan kapasiti tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK) meningkat 25 kali dari tahun ke tahun kepada 3.51 bilion.
Selain itu, ia berkata bilangan penumpang yang dibawa meningkat sebanyak 70 kali setahun kepada 621,984 pada S2 2023.
Dalam tempoh yang sama, syarikat bersekutunya, AirAsia X Thailand mencatatkan peningkatan bilangan penumpang lebih 28 kali tahun ke tahun kepada 311,337, manakala kapasiti ASK meningkat sebanyak 44 kali dari tahun ke tahun kepada 1.80 bilion pada S2 2023.
"Semasa suku kajian, AirAsia X melancarkan penerbangan ke Bangkok, Beijing dan Gold Coast, selain meningkatkan kekerapannya untuk terbang setiap hari (tujuh kali seminggu) ke Sydney, di antara Sydney dan Auckland serta ke Melbourne dan Osaka bagi memenuhi permintaan pengguna.
"Di seluruh rangkaiannya, AirAsia X terus menyaksikan prestasi cemerlang lebih 85 peratus PLF untuk dua laluan terasnya, iaitu Tokyo dan Taipei," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023
AirAsia X melaporkan operasinya kembali normal sejak 12 bulan lalu, memandangkan kapasiti ASK meningkat 25 kali dari tahun ke tahun kepada 3.51 bilion. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.