KUALA LUMPUR: Prestasi perdagangan Malaysia pada Mei 2022 kekal kukuh, merekodkan pertumbuhan terpantas sejak November 2021, jumlah dagangan naik 33.6 peratus kepada RM228.37 bilion berbanding Mei 2021, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Ia merupakan pertumbuhan dua digit selama 16 bulan berturut-turut.
Walaupun eksport meningkat 30.5 peratus kepada RM120.49 bilion, import pula melonjak 37.3 peratus kepada RM107.88 bilion manakala lebihan dagangan menyusut 8.3 peratus kepada RM12.62 bilion, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Tiga kategori utama import antaranya barangan pengantara bernilai RM62.95 bilion atau 58.4 peratus daripada jumlah import, barangan modal, bernilai RM8.84 bilion atau 8.2 peratus daripada jumlah import dan barangan penggunaan bernilai RM8.51 bilion atau 7.9 peratus daripada jumlah import.
Eksport ke pasaran utama iaitu ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun merekodkan pertumbuhan dua digit, katanya dalam satu kenyataan.
Azmin juga menekankan bahawa jumlah perdagangan telah melepasi RM1 trilion dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2022, tempoh tersingkat pernah dicatatkan bagi mencapai tanda aras ini. Pada Januari sehingga Mei 2022, perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan telah mencatatkan nilai tertinggi untuk tempoh tersebut setakat ini.
"Perdagangan naik 25.1 peratus kepada RM1.085 trilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Eksport bertambah 23.5 peratus kepada RM592.97 bilion dan import meningkat 27.0 peratus kepada RM491.85 bilion. Lebihan dagangan berkembang 9.0 peratus kepada RM101.12 bilion," katanya.
Eksport barangan perkilangan pada Mei 2022 yang mewakili 83.3 peratus daripada jumlah eksport berkembang 27.3 peratus tahun ke tahun kepada RM100.37 bilion, pertumbuhan dua digit bagi bulan ke-10 berturut-turut.
Eksport keluaran pertanian (8.9 peratus syer) meningkat 43.9 peratus kepada RM10.77 bilion berbanding Mei 2021, pertumbuhan dua digit untuk bulan ke-15 bulan berturut-turut, kenaikan tersebut disumbangkan oleh eksport yang kukuh bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.
Eksport hasil galian (7.3 peratus syer) melonjak 54.9 peratus tahun ke tahun kepada RM8.76 bilion, pertumbuhan dua digit bagi bulan ke-14 bulan berturut-turut disumbangkan oleh pertambahan eksport gas asli cecair (LNG) dan petroleum mentah.
Azmin berkata pada Mei 2022, perdagangan dengan ASEAN merangkumi 29.3 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia, menokok 54.6 peratus tahun ke tahun kepada RM66.99 bilion.
Pada Mei 2022, perdagangan dengan China yang merangkumi 16.3 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia naik 11.1 peratus tahun ke tahun kepada RM37.17 bilion, pertumbuhan dua digit untuk bulan ke-18 bulan berturut-turut.
Perdagangan dengan AS pada Mei 2022 yang menyumbang 8.8 peratus kepada jumlah perdagangan Malaysia, ia berkembang 22.0 peratus tahun ke tahun kepada RM20.06 bilion, eksport meningkat 15.5 peratus kepada RM12.00 bilion disumbangkan oleh eksport yang kukuh bagi barangan E&E manaka;a Import dari AS naik 33.1 peratus kepada RM8.06 bilion
Perdagangan dengan EU yang mewakili 7.6 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia pada Mei 2022 meningkat 30.0 peratus tahun ke tahun kepada RM17.42 bilion, eksport berkembang 30.2 peratus kepada RM9.76 bilion manakala import dari EU naik 29.7 peratus kepada RM7.66 bilion.
Pada Mei 2022, perdagangan dengan Jepun yang merangkumi 5.9 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM13.38 bilion, eksport naik 14.0 peratus kepada RM6.97 bilion.
Bagi perdagangan dengan rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), ia merangkumi 67.3% daripada jumlah perdagangan Malaysia meningkat 32.7% tahun ke tahun kepada RM153.68 bilion, eksport berkembang 30.8 peratus kepada RM81.95 bilion dan import naik 35.0 peratus kepada RM71.73 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022

Walaupun eksport meningkat 30.5 peratus kepada RM120.49 bilion, import pula melonjak 37.3 peratus kepada RM107.88 bilion manakala lebihan dagangan menyusut 8.3 peratus kepada RM12.62 bilion. - Gambar fail/BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Perdagangan Malaysia pada Mei meningkat kepada RM246.31 bilion, tertinggi dalam 20 bulan
Perdagangan Malaysia kekal kukuh pada Mei 2024, mencatatkan pertumbuhan dua digit tahun ke tahun sebanyak 10.3 peratus kepada RM246.31 bilion.

Dagangan Malaysia meningkat 29.3 peratus pada Jun kepada RM188.7 bilion - MITI
Prestasi perdagangan Malaysia mencatatkan kenaikan pada Jun 2021 dengan jumlah perdagangan meningkat 29.3 peratus kepada RM188.7 bilion berbanding Jun lalu.

Pertumbuhan eksport Malaysia atasi import buat pertama kali sejak Mei 2016
Perdagangan Malaysia berkembang sebanyak 31.5 peratus kepada RM153.3 bilion pada Mei 2017 berbanding RM116.6 bilion yang dicatatkan dalam bulan yang sama tahun lepas.

Mustapa: Perdagangan Malaysia dijangka berkembang 2 peratus
Jumlah perdagangan negara diunjur berkembang dua peratus pada 2016 meskipun persekitaran ekonomi yang mencabar.

Jumlah perdagangan M'sia Mac meningkat 1.6 peratus
Jumlah perdagangan Malaysia pada Mac 2013 meningkat 1.6 peratus kepada RM114.94 bilion berbanding bulan yang sama tahun lalu.