PELABUHAN KLANG: Jualan kenderaan elektrik (EV) dijangka meningkat pada tahun ini bersandarkan keyakinan pemain industri terhadap minat ketara untuk kenderaan jenis berteknologi tinggi itu.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sasaran itu juga selari dengan angka penjualan kereta EV pada 2023 yang melonjak 200 peratus berbanding pada tahun sebelumnya.
Malaysia telah merekodkan lebih daripada 100,000 kenderaan elektrik berdaftar setakat Disember 2023.
Beliau bagaimanapun menegaskan, bahawa unjuran peningkatan jualan itu turut bergantung kepada usaha dalam memastikan ketersediaan aspek ekosistem EV.
"Selain penjualan kereta EV, perkara yang perlu diberi tumpuan pada masa ini adalah mewujudkan (lebih banyak) stesen pengecasan kenderaan itu," kata beliau kepada media selepas merasmikan pembukaan kilang pemasangan kenderaan EV milik syarikat Tron Bradbury Energy (Malaysia) Sdn Bhd di Pulau Indah dekat sini, pada Jumaat.
Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul berkata, Malaysia pada masa ini mempunyai lebih daripada 1,500 stesen pengecasan EV dan angka itu perlu ditingkatkan bagi keselesaan rakyat terutama yang menetap di kediaman bertingkat atau bangunan tinggi selain memastikan tiada isu bagi tujuan pemanduan jarak jauh.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul juga memaklumkan bahawa peruntukan bagi Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) yang menawarkan pemberian rebat sehingga RM2,400 untuk pembelian kenderaan itu yang dilancarkan pada awal Disember lepas, telah digunakan sepenuhnya.
Sehubungan itu, MITI akan memohon kepada Kementerian Kewangan untuk meneruskan skim MARiiCas dan peruntukannya ditingkatkan.
"Ini berikutan ramai dalam kalangan rakyat telah beralih minat untuk mencuba motosikal elektrik," kata beliau. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024
Tengku Zafruk berkata, sasaran itu juga selari dengan angka penjualan kereta EV pada 2023 yang melonjak 200 peratus berbanding pada tahun sebelumnya. - Gambar Bernama
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
RM44.2 juta Akaun Sejahtera dicarum bagi program i-Lindung hingga September 2024
Sejumlah RM44.2 juta telah dikeluarkan oleh pencarum melalui Akaun Sejahtera KKWSP sejak program i-Lindung diperkenalkan pada Julai 2022.
Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan dijangka dibentang tahun depan - MOF
Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan (RUU PK) bagi meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Kementerian Kewangan teliti pemohonan bayar balik ICPT kepada Sabah Electricity - Amir Hamzah
Kementerian itu juga sedang menimbang pemberian moratorium bayaran balik pinjaman Sabah Electricity kepada kerajaan yang dianggarkan sekitar RM65 juta.
RM12.8 bilion wang tidak dituntut setakat 31 Okt
Sejumlah RM17 bilion wang tidak dituntut diserahkan syarikat dan firma kepada Jabatan Akauntan Negara dengan RM4.2 bilion daripada jumlah itu telah dituntut empunya yang berhak setakat 31 Okt lepas.
Bayaran akhir STR disalur secara berperingkat bermula esok - MOF
Kerajaan akan menyalurkan bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 secara berperingkat bermula esok kepada 8.7 juta penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Isu FashionValet: Vivy Yusof, suami sambung beri keterangan kepada SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambung proses merekod keterangan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang dijadualkan pagi ini
200 lagi Kampung Angkat MADANI pada tahun depan
Johan berkata jumlah tambahan kampung angkat melibatkan peruntukan RM200 juta itu akan dilaksanakan berikutan penerimaan baik yang diterima.
SPRM mulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan FashionValet
SPRM memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.
Khazanah, PNB jual pegangan RM47 juta dalam FashionValet pada harga RM3.1 juta
Khazanah pada mulanya melabur RM27 juta ke dalam FashionValet pada 2018 manakala PNB memasukkan RM20 juta.
Pelaksanaan sijil pematuhan cukai secara rintis diperluas hingga 31 Mac 2025
TCC akan menjadi dokumen yang diwajibkan pada peringkat tawaran perolehan serta memenuhi obligasi dan patuh kepada undang-undang percukaian negara.