Hasil kerajaan untuk tempoh Mei hingga Ogos 2018 meningkat sebanyak RM1.7 bilion susulan penjimatan yang dilakukan sejak mengambil alih tampuk kepimpinan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Pemerintahan Pakatan Harapan secara Cekap, Akauntabiliti, dan Telus (CAT) telah memberi bukan sahaja penjimatan dari penghapusan amalan-amalan korup, tetapi juga pulangan kecekapan (efficiency gains) hasil usaha-usaha reformasi institusi seperti tender terbuka yang kompetitif.
“Amalan pengurusan kewangan kerajaan PH yang baik dan berhemat telah menghasilkan lebihan sebanyak RM3.25 bilion di dalam Baki Akaun Semasa di dalam tempoh empat bulan dari Mei ke Ogos 2018,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan, hari ini.
Perbelanjaan Mengurus juga susut sebanyak RM12.96 bilion dari RM83.29 bilion kepada RM70.33 bilion.
Berikut merupakan analisa lebihan baki akaun semasa:
Untuk rekod, sepanjang tempoh itu tiada kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas ia dimansuhkan.
Manakala kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hanya bermula pada September 2018.
Menurut kenyataan itu lagi hasil kerajaan berada pada RM71.88 bilion setakat April 2018, namun dalam hanya tiga bulan ia meningkat kepada RM73.58 bilion.
MoF baru-baru ini berkata Akaun Hasil Disatukan yang digunakan untuk membayar gaji serta pencen penjawat awam, hanya tinggal RM450 juta.
Ia jauh lebih rendah berbanding komitmen bulanan RM8 bilion yang diperlukan untuk pembayaran tersebut.
Namun Sejak Mei hingga Ogos, kerajaan berjaya meningkatkan hasil akaun itu sebanyak tujuh kali ganda atau RM3.25 bilion.
Najib Aroff
Sat Oct 20 2018
-Pemerintahan Pakatan Harapan secara Cekap, Akauntabiliti, dan Telus (CAT) telah memberi bukan sahaja penjimatan dari penghapusan amalan-amalan korup, tetapi juga pulangan kecekapan" - Foto BERNAMA
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Keanggotaan BRICS tawar landskap perdagangan global lebih saksama kepada Malaysia - Duta Rusia
BRICS komited tangani orde perdagangan antarabangsa, yang kini dikuasai oleh negara tertentu yang mengekalkan peraturan mereka sendiri.
Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet - SPRM
Fokus siasatan juga melihat kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah dan PNB.
AWANI Ringkas: Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 November 2024
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Dialog Poket Rakyat: Perbelanjaan Kehidupan Wajar vs Kehidupan Sebenar
Sejauh mana petunjuk sosioekonomi perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) menggambarkan keperluan dan kehendak berbelanja sesebuah isi rumah? Bagaimanakah PAKW membantu pengguna menyusun kewangan untuk kehidupan selesa? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Pentas akhir, siapakah bakal dinobat juara malam ini?
Selepas tujuh minggu bersaing, siapa bakal muncul juara di pentas akhir The Chosen One 2024? Amzar Alif ada perinciannya.
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
Jimat cermat, kerajaan kutip tambahan hasil RM1.7 bilion - Guan Eng
Untuk rekod sepanjang tempoh itu tiada kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas ia dimansuhkan.