JC International Airlines (JC Cambodia) yang membuat penerbangan sulung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Selasa, akan mengadakan dua penerbangan seminggu dari Phnom Penh ke Kuala Lumpur.
Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports (Sepang), Zainol Mohd Isa berkata, kemasukan JC Cambodia ke dalam keluarga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), khususnya di klia2, akan mempromosi status klia2 sebagai hub pilihan di rantau ini.
"Pengembara kini mempunyai pilihan untuk menggunakan klia2 melalui JC Cambodia sebagai penghubung dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh.
""Pada masa sama, ia akan menarik lebih ramai pengembara daripada kedua-dua negara untuk melawat Kuala Lumpur dan Phnom Penh," katanya dalam satu kenyataan.
JC Cambodia, dikendalikan Yunnan Jingcheng Group, syarikat induk Ruili Airlines milik China akan menggunakan pesawat Airbus A320 baharu, yang dijadikan semua kelas ekonomi dengan 180 tempat duduk bagi laluan Kuala Lumpur-Phnom Penh itu.
klia2 mempunyai kapasiti untuk mengendali 45 juta penumpang setahun dan pada suku pertama 2017 ia mengendali kira-kira 7.2 juta penumpang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2017
klia2 mempunyai kapasiti untuk mengendali 45 juta penumpang setahun. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
JC Cambodia buat penerbangan sulung ke klia2
Kemasukan JC Cambodia ke dalam keluarga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), khususnya di klia2, akan mempromosi status klia2 sebagai hub pilihan di rantau ini.