Bank Negara Malaysia (BNM) menyambut baik sebarang usaha untuk memperkukuh jaringan keselamatan kewangan serantau dan global bagi menangani impak negatif globalisasi kewangan serta memastikan aliran modal yang lebih selamat.
Atas dasar itu, Penolong Gabenor BNM, Marzunisham Omar berkata, negara-negara ASEAN+3 (China, Jepun dan Korea Selatan) telah mencatat pencapaian penting di bawah Inisiatif Pelbagai Hala Chiang Mai apabila saiz dana itu berlipat ganda kepada US$240 bilion pada 2014.
"Bagi kemajuan masa depan, perkara penting yang perlu dipertimbangkan adalah menyertakan pelbagai pengaturan swap dan jaringan keselamatan kewangan serantau dengan jaringan keselamatan Tabung Kewangan Antarabangsa dalam satu kerangka terperinci yang dapat mempertingkatkan aspek saling melengkapi.
"Ini juga sekali gus dapat mempertingkat keberkesanan ekonomi negara sedang pesat membangun dalam menangani ketidaktentuan aliran modal jangka pendek," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Bank Dunia bertajuk 'Globalisation: Contents and Discontents' di sini, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Marzunisham berkata, aspek kedua adalah keperluan bagi ekonomi sedang pesat membangun itu untuk sentiasa memperkemas mekanisme dasar masing-masing dalam usaha menangani pelbagai risiko serta memastikan pelaksanaan lebih fleksibel.
"Apa yang jelas, ketidaktentuan aliran modal itu memberi cabaran kepada penggubal dasar ekonomi sedang pesat membangun bagi melindungi kewangan dan kestabilan makroekonomi," katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan perubahan dasar itu agar lebih pragmatik serta berdasarkan risiko yang sedang ditangani.
Marzunisham berkata globalisasi kewangan juga terbukti mencatat pertumbuhan ketara dengan aliran pasaran ekuiti dan bon kumulatif global kini 80 kali lebih besar daripada angka pada 2000 serta jauh melebihi aliran dagangan.
Malah, katanya, sekiranya diuruskan dengan betul, usaha penyepaduan kewangan dapat memacu peruntukan modal produktif yang lebih cekap serta pemindahan ilmu beserta manfaat berkaitan.
Bagaimanapun, tegas Marzunisham, globalisasi kewangan disertai oleh aliran portfolio jangka pendek dengan ketidaktentuan yang ketara dan menjejaskan pasaran kewangan ekonomi sedang pesat membangun.
"Di Malaysia, aliran keluar masuk modal telah meningkat hampir tiga kali ganda selepas berlakunya krisis kewangan global. Kita juga, sepertimana negara sedang pesat membangun lainnya, turut mengalami beberapa episod aliran keluar yang amat ketara.
"Namun, kita dapat menangani situasi itu dengan cara yang tepat bersandarkan sokongan asas makroekonomi yang kukuh serta pasaran kewangan teguh dan meluas," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Jan 15 2019

BNM menyambut baik sebarang usaha untuk memperkukuh jaringan keselamatan kewangan serantau dan global bagi menangani impak negatif globalisasi kewangan serta memastikan aliran modal yang lebih selamat.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.

Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".

1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.

Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.

BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.

Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.

RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju

OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.

OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.