Indah Water Konsortium (IWK) berjaya mengutip 87 peratus daripada RM8 bilion bil perkhidmatan pembetungan yang terkumpul sejak 1997, kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif IWK Ir Mohamed Haniffa Abdul Hamid.
Namun, terdapat tunggakan caj mencecah hampir RM1 bilion yang masih belum dijelaskan oleh pengguna.
Beliau berkata usaha proaktif IWK memberi kesedaran kepada pengguna terhadap kepentingan perkhidmatan pembetungan.
“Kadar kutipan bil IWK menunjukkan perkembangan positif dengan pelbagai inisiatif diambil antaranya bertemu pelanggan, menghantar surat peringatan serta kempen kesedaran.
"IWK tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan tegas sehingga menyukarkan pengguna, namun ingin saya tegaskan bahawa kesedaran untuk membayar bil secara efisien amat diperlukan,” katanya ketika ditemui Bernama di Ibu pejabat IWK di sini.
Mohamed Haniffa berkata walaupun IWK sebelum ini berdepan jumlah tunggakan bil pembetungan yang tinggi, namun syarikat pembetungan nasional itu mampu bertahan lebih 20 tahun hasil pengurusan cekap kakitangannya.
Mohamed Haniffa berkata IWK mengenakan caj perkhidmatan premis domestik yang sangat rendah iaitu RM8 sebulan dan bil dihantar kepada pengguna setiap tiga bulan.
“Bayangkan betapa rendah caj yang kami kenakan sejak 20 tahun lepas tanpa sebarang kajian semula. Ini jelas menunjukkan kerajaan memainkan peranan yang besar memperuntukkan sejumlah wang bagi melancarkan operasi IWK,” katanya.
Beliau berkata IWK sentiasa memastikan loji olahan kumbahan awam dan rangkaian saliran paip pembetungan awam dikendali dan diselenggara dengan cekap demi menjaga kebersihan alam sekitar selain melindungi kesihatan pengguna daripada penyakit berjangkit bawaan air seperti kepialu, taun dan polio.
Mohamed Haniffa berkata IWK sehingga kini mempunyai 3.6 juta pengguna meliputi 87 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT), kecuali Majlis Perbandaran Johor Bahru, Majlis Perbandaran Pasir Gudang serta PBT di negeri Kelantan, Sabah dan Sarawak.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 3.2 juta pengguna adalah pelanggan domestik (800,000 daripada jumlah itu merupakan pengguna yang menetap di kawasan perumahan kos rendah) manakala selebihnya adalah pelanggan bukan domestik,” katanya.
IWK menjalankan operasi dan penyelenggaraan sistem pembetungan awam bagi 6,627 loji olahan kumbahan termasuk paip pembetungan awam bawah tanah sepanjang 19,614 kilometer.
Syarikat itu mengamalkan sistem pembetungan moden dan efisien bagi memastikan kumbahan dirawat sebelum disalurkan ke sungai, parit dan laut.
Mohamed Haniffa berkata beliau akan memastikan tiga objektif IWK iaitu memelihara sumber air, melindungi kesihatan awam serta mewujudkan persekitaran bersih dan selamat tercapai berlandaskan Transformasi IWK 2020 (TI2020) yang menekankan sistem pengurusan cekap.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2017
![IWK kutip 87 peratus daripada RM8 bilion bil terkumpul IWK kutip 87 peratus daripada RM8 bilion bil terkumpul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/61482056204_IndahWater.jpg)
IWK tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan tegas sehingga menyukarkan pengguna, namun ingin saya tegaskan bahawa kesedaran untuk membayar bil secara efisien amat diperlukan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![IWK kutip 87 peratus daripada RM8 bilion bil terkumpul IWK kutip 87 peratus daripada RM8 bilion bil terkumpul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/61482056204_IndahWater.jpg)
IWK kutip 87 peratus daripada RM8 bilion bil terkumpul
Namun, terdapat tunggakan caj mencecah hampir RM1 bilion yang masih belum dijelaskan oleh pengguna.