KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang bermula 13 Feb lalu berakhir semalam dengan beberapa isu utama ekonomi negara diberi perhatian, antaranya cadangan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kegawatan ekonomi dan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian untuk tidak memperkenalkan semula GST pada masa ini adalah kekal.
Beliau berkata ini berikutan pendapatan rakyat yang masih rendah berbanding negara-negara yang mengguna pakai sistem GST seperti Singapura dan Kanada, selain kerajaan yakin hasil yang bakal dikutip dan penguatkuasaan kutipan yang cekap mampu menambah pendapatan negara.
"Kita belum bersedia kerana pendapatan rakyat masih rendah. Jadi, saya tidak fikir kita akan mempertimbangkannya dalam tempoh enam bulan atau satu tahun pun," katanya.
Sementara itu, isu sama ada negara bakal mengalami kegawatan ekonomi turut dibincangkan.
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan Malaysia dijangka tidak akan mengalami kegawatan ekonomi pada tahun ini meskipun berdepan cabaran ketidaktentuan global.
Beliau berkata takrifan kegawatan atau kemelesetan ekonomi secara teknikal adalah apabila sesebuah negara mengalami penguncupan ekonomi iaitu pertumbuhan negatif suku tahunan sebanyak dua kali berturut-turut.
"Berdasarkan prestasi pertumbuhan ekonomi pada kadar 8.7 peratus pada tahun lepas, kerajaan menjangka ekonomi Malaysia akan berkembang pada sekitar 4.5 peratus pada tahun ini.
"Malah, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia turut mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2023 pada sekitar 4.4 peratus dan 4.0 peratus," jelasnya.
Dewan Rakyat turut dimaklumkan kerajaan setakat ini telah membayar hutang 1MDB berjumlah RM43.8 bilion dengan baki yang belum dibayar adalah sebanyak RM9.7 bilion melibatkan RM5 bilion prinsipal (wang pokok) dan RM4.7 bilion faedah.
Ahmad berkata pembayaran itu dibuat melalui pendahuluan pemegang saham sebanyak RM24.5 bilion dan akaun amanah (RM19.3 bilion).
Menurut Ahmad, kerajaan juga telah memperoleh sebanyak RM33.6 bilion daripada dapatan semula aset 1MDB dan RM8 bilion daripada penyelesaian dengan firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
Menurutnya, hutang prinsipal yang diambil daripada 1MDB adalah sebanyak RM33.6 bilion manakala faedahnya berjumlah RM14.9 bilion.
Sepanjang tempoh itu juga sebanyak 12 rang undang-undang telah diluluskan, termasuklah Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) yang memperuntukkan sejumlah RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka diluluskan pada 28 Mac lepas.
RUU itu diluluskan di Dewan Negara dengan lebih suara bersetuju tanpa pindaan hari ini.
Beberapa RUU yang turut diluluskan termasuklah Rang Undang-Undang Perbekalan 2023, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2022) 2023, Rang Undang-Undang Kewangan 2023 dan Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023.
Pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja bagi Kementerian Kewangan pada 22 Feb lepas, Ahmad berkata Akta Tanggungjawab Fiskal dijadual dibentangkan pada tahun ini.
Akta tersebut akan merangkumi beberapa komponen antaranya ialah had peratusan hutang kerajaan tidak melebihi 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menanggung bayaran khidmat hutang yang tidak melebihi 15 peratus daripada bajet tahunan kerajaan persekutuan.
Mengikut takwim di laman web rasmi Parlimen, Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 22 Mei hingga 15 Jun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023

Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar menegaskan pendirian untuk tidak memperkenalkan semula GST pada masa ini adalah kekal. - Gambar fail/ Bernama
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.