Usaha Boeing Company menggalakkan lebih ramai warga Malaysia meneruskan kerjaya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bermula dengan jayanya Khamis apabila seramai 200 pelajar sekolah menengah mendapatkan sendiri pengalaman dalam pendidikan aeroangkasa.
Para pelajar yang begitu teruja itu telah dibawa ke simulator penerbangan Advanced Super Hornet di mana mereka belajar mengemudi pesawat jet pejuang, satu pengalaman yang pastinya akan mendorong lagi perasaan ingin tahu mengenai sektor aeroangkasa, malah, mungkin ingin menjadi seorang juruterbang.
Michael Gibbons, Naib Presiden Boeing untuk program F/A-18 dan EA-18 berkata, pengalaman sekali seumur hidup untuk kanak-kanak di Hari Pendidikan Aeroangkasa 2013 yang diadakan di Pusat Sains Negara pada Selasa adalah sesuatu yang perlu dinikmati.
Terdapatnya paparan interaktif yang memperlihatkan asas-asas STEM disediakan oleh Boeing dan rakan pembekalnya di atas jet pejuang Super Hornet yang termasuklah General Electric, Northrop Grumman dan Raytheon, kata beliau.
Boeing menjadi penaja bersama acara itu sebagai sebahagian daripada Inisiatif Pembangunan Modal Insan, satu usaha dengan sokongan daripada GE, Northrop Grumman dan Raytheon untuk bekerjasama dengan para pemimpin Malaysia mewujudkan program pendidikan dan latihan holistik yang akan memberikan manfaat kepada industri aeroangkasa negara.
Selain daripada mempelajari kepentingan aeroangkasa kepada masa depan Malaysia, Gibbons berkata kerjasama antara kerajaan dan Boeing boleh menyemai semangat untuk kerjaya aeroangkasa di kalangan pelajar tempatan dan dalam konteks yang lebih meluas, merancakkan lagi minat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
"Seperti di Amerika Syarikat, kami giat mempromosikan STEM dalam setiap peluang yang kami dapat. Di sini, kami bekerjasama dengan kerajaan dalam pembangunan modal insan dengan memberikan tumpuan kepada STEM dan khususnya, sektor aeroangkasa," kata beliau.
"Kami percaya perkara terbaik yang kami boleh lakukan ialah menunjukkan kepada orang ramai peluang dalam sektor aeroangkasa dan berharap dapat menggalakkan dan mendorong mereka meneruskan kerjaya dalam STEM," kata beliau.
Dan, inilah sesuatu yang Boeing mahu salurkan kepada pelajar Malaysia sebagai sebahagian daripada komitmennya kepada kerajaan.
Dengan saingan untuk pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA), "kami mungkin meneruskan dan meningkatkan lagi apa yang kami lakukan sekarang dan melangkauinya dari segi latihan profesional dalam bidang teknikal, reka bentuk berkualiti tinggi dan kerja pembangunan untuk industri Malaysia," kata beliau.
Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin ketika merasmikan acara itu berkata Malaysia memerlukan 500,000 tenaga kerja dalam sains dan teknologi bagi menyediakan modal insan yang cukup untuk negara mencapai status negara maju menjelang 2020.
Bernama
Thu Sep 12 2013
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Inisiatif pendidikan Aeroangkasa Boeing boleh rancakkan peluang kerjaya
Malaysia memerlukan 500,000 tenaga kerja dalam sains dan teknologi bagi menyediakan modal insan yang cukup untuk negara mencapai status negara maju menjelang 2020.